Pages

Wednesday, February 3, 2010

Terima Kasih

 

Setelah sekian lama menyepikan diri, maka tibalah saatnya untuk kembali aktif semula 'berblog' ni.  Cerita yang nak ditampilkan pun terasa dah suam-suam kuku tapi belum basi lagi tau.  23 Januari 2010 (Sabtu) yang lepas saya beserta tiga anak- anak murid yang rajin telah hadir ke sekolah di kala teman-teman yang lain rehat di rumah untuk membersihkan makmal.  Terima kasih Muhammad Jafni bin Aldisak, Muhammad Hakimi Firdaus bin Osman dan Mohd Rizwan Shah bin Halim.  Kalian memang rajin.


 

Sambil membersihkan makmal sempat juga 'berposing', penting tu supaya bekerja dalam keadaan ceria.  Habuk yang degil berjaya ditewaskan akhirnya, semuanya nampak berkilat seakan baru.  Kalau tak percaya cuba tenung gambar tu lama-lama.

 

Selesai mengemas dan membersihkan apa yang patut, apa lagi 'santap time'.  Saya menyediakan dua menu mee goreng dan nasi goreng beserta air sirap.  Seronok tengok anak-anak murid berselera makan.  Lebih kurang dalam pukul 11.30 maka saya pun pulanglah ke rumah, nak bersihkan rumah sendiri pula.

Pada hari yang sama lebih kurang pukul 3.30 petang, saya mendapat sebuah sampul misteri dari Sabah.  Berdebar-debar rasa hati, seingat saya tiada kenalan dari 'negeri di bawah bayu'.  Di sebalik sampul surat yang biasa, tersimpan pemberian yang begitu istimewa, cantik, comel dan bagi saya begitu berharga dari seorang sahabat, Abang Bent.  Sepatutnya ucapan terima kasih perlu diberikan dikala saya menerima hadiah tersebut, tapi maafkan saya abgbent, ucapan itu terlalu lewat diberikan.  


 
Inilah 'hadiah' yang saya dapat, 'cute' kan.  Saya mula terfikir memang benar, nilai sebuah persahabatan tiada sebarang sempadan.  Abgbent yang hanya dikenali di alam maya, tanpa mengenali rupa hanya dengan berangan-angan rupa setampan ehm..ehm.. tapi terjalinnya satu ikatan persahabatan sesama insan seperti yang selalu diungkapkan di dalam setiap coretan abgbent "Anda yang saya kenali sebagai saudara yang dikasihi kerana DIA"... membawa pengertian yang begitu mendalam.

 

Terasa begitu beruntungnya mempunyai ramai teman-teman, walaupun kita tidak pernah bersua tetapi kalian tetap dalam ingatan...abgbent, adik seri, cikgu myri, ustz eds,  secangkir madu merah(yati), adik Nick Irfan, Insan Pendidik dan ramai lagi..


"Cinta dan bersatu adalah asas kekuatan dan kejayaan, sedangkan perselisihan dan perpecahan adalah asas kelemahan dan kehinaan" - Imam Hasan Al-Banna






8 comments:

tunbegia said...

sungguh rajin anak-anak murid cikgu,

salamm,

ahmad humairi said...

salam,
tentu ada sebab mengapa menyepi begitu lama...tidak mengapa.
Komitmen cikgu pada P&P itu yang penting..

Tahniah atas segala-galanya..

Rohani M.U said...

Salam cikgu.
Lama sungguh menyepi diri, diam seribu bahasa, entahkan sihat entahkan tidak. Entry terakhir YANG PERTAMA. Anyway, selamat berblogging kembali. Teruskan menulis selagi tak jemu dan selamat mendidik anak bangsa, bangsa Malaysia.

Wassalam.

ustaz eds said...

salam sis...rindu coretan sis, lama beno bertapa...apa pun moga ke'busy'an yang membelengu telah terurai..
menyemai sikap dan nilai murni kepada murid bukan dalam P&P semata...diluar pun kita boleh lakukan...tahniah sis

secangkir madu merah said...

Persahabatan ibarat satu janji yg dibuat dalam hati. Tak dapat ditulis, tak dapat dibaca. Namun tak kan terpisah dek jarak, tak kan berubah dek masa. Sekali kita berkawan, ia akan kekal selamanya....

izakhairi said...

tunbegia,
terima kasih kerana tb sudi bertandang ke sini...
alhamdulillah bab-bab nak tolong cikgu ni semuanya rajin



Cikgu myri,
menyepi diri bukannya merajuk,
tau tak ada sapa yang nak pujuk,
banyak kerja sampai seram sejuk,
kalau dah 'top' baru boleh tunjuk.

sebenarnya taklah sesibuk mana pun...sibuk dunia tak ke mana...



Cikgu Roha,
memang lama sangat menyepi diri...
teramatlah rindunya pada teman2...
sekarang ni bila dah pulih dari kejutan... barulah boleh 'berblog' balik

terima kasih cikgu roha kerana masih sudi singgah ke sini



Ustaz Eds,
ke'busy'an yang disengajakan...
betul ustaz, cuma kekadang kita tidak sedar yang tersirat disebalik yang tersurat



SMM,
semoga persahabatan yang terjalin akan sentiasa berkekalan...amin

terasa indahnya dunia dikelilingi teman-teman

Unknown said...

lama x nmpk akak? ingatkan akak xnk buat blog dh.. ape2 pun welcome home!!! hehehe eh! rajin btol budak 3org ni kenapa 3org jer? dorg ni msti pengawas kan? sbb slalunya pengawas rajin sikit... hehe ape2 pun bertuah akak dpt anak murid yang rajin.. ha! hadiah dr abg bent??? nape dia bg hadiah kat akak? akak menang contest kt blog dia ker?

izakhairi said...

Adik Nick Irfan,
mana boleh akak tinggalkan aktiviti 'berblog' ni, cuma terlebih busy sikit...tak sempat nak menjenguk langsung..
jangan terkejut bebudak 3 orang tu bukan pengawas tapi terdiri dari murid akak yang rajin dan bukan kelas no.1...dia orang ni memang sporting habis
akak dapat 'pemberian' tersebut sebab bagi komen yang terawal kat blog abgbent
terima kasih akak nak ucapkan kat adik Nick sebab masih lagi sudi melayan blog akak ni...

Blog Widget by LinkWithin

E-kad & Award dari teman

Salam Ramadhan
AlongArman