Pages

Saturday, February 6, 2010

Kesabaranku Terkadang Goyah


Nuqman seorang anak yang cukup istimewa buat diriku dan suami.  Semalam Nuqman sekali lagi berjaya meloloskan diri tanpa pengetahuan sesiapa.  Kealpaan yang terkadang mengundang padah.  Setelah aku dan suami beserta anak-anak yang lain mencari di sekitar taman, masjid, Nuqman berjaya dijumpai setelah hampir 40 minit menghilangkan diri.  Nuqman...tiada apa-apa yang berlaku, bahkan dia kelihatan seronok kerana berjaya membuatkan kami sekeluarga risau dan gelisah.  Ah, kesabaranku terkadang goyah dengan kerenahnya. 


"Nuqman kenapa buat mama macam ni"

14 comments:

Unknown said...

Salam Iza. Harap tabah menghadapi karenah anak yang dititipkan Allah kepada kita.

mantan said...

Terus kentalkan kesabaran itu...

insan pendidik said...

salam,

moga mendapat kekuatan dan kesabaran penuh mendidik ank ni...

ustaz eds said...

salam sis...
anak diciptakan sebagai ujian buat kita...moga sis dan keluarga terus diberi kekuatan menempuhinya...

CS said...

tidak mudah sebenarnya mencari kata2 yang dapat membuatkan sis agar terus sabar dan tabah menghadapi ujian ini.hanya sis n insan yg pernah 'hidup' bersama ank2 istimewa shj yg dpt memahami...Semoga Allah sentiasa bersamamu...n kita semua!

Guru said...

assalammualaikum iza

memang mencemaskan ya, apatah lagi 40 minit , bukannya sekejap

semoga iza sekeluarga terus tabah kerana menjadi keluarga yang terpilih oleh Allah untuk menerima ujian ini

insyaAllah akan dipermudahkan segala urusan yang lain nantinya

TeacherNunu said...

tak terbayang 40 minit anak hilang kan..alhamdulillah tak ada apa apa.moga kak iza sekeluarga terus sabar dan drahmati allah selalu :)

ahmad humairi said...

sabar,
terkadang tercemar,
dek gusar,
goyah pudar,
andai terus bersabar..

secangkir madu merah said...

berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul...
semoga cikgu Iza dan keluarga terus tabah mengharungi ujian Illahi...

Araz said...

Ujian dan dugaan hanya diberikan kepada insan yang mampu menanggungnya sahaja. Tabahkan hati...

izakhairi said...

Buat semua sahabat-sahabatku Mybabah, mantan, Insan Pendidik, Ustz Eds, Cikgu Sue, kl citizen, TeacherNunu, Cikgu Myri,SMM(yati),Dr.Araz

Terima kasih di atas sokongan moral yang kalian berikan...Insyaallah diriku ini akan terus tabah di dalam mengharungi apa jua dugaan yang mendatang...apa yang pasti untuk enakkan hati, diri ini selalu memandang orang lain yang jauh lebih teruk dugaannya..dan hati ini akan lebih redha dengan ketentuan Illahi

Unknown said...

CIKGU....

kata Lukman....nasihat terbaik adalah nasihat yang kau telah beri pada seeorang.....ambil dan hayatilah nasihat itu...
....berkata sabar adalah mudah dari bersabar...anda seorang yang tabah...
defferent between Good and Excelent is only 1mm....

Rohani M.U said...

Salam Kak Iza.
Nuqman insan istimewa dan terpilih di kalangan yang terpilih. Sayangi, kasihi, dan didiklah mengikut aras Nuqman. Semoga Nuqman menjadi anak soleh dan memahami bahawa masih ada yang sayang padanya. Ujian Allah swt datang dalam pelbagai bentuk. Kita harus tabah dan sabar menghadapinya biarpun ada kalanya kesabaran teruji seketika. Di sinilah letaknya kekuatan diri sebenar dalam menyambut ujian Allah swt itu. Semoga Kak Iza terus tabah dan sabar mendidik dan melayan kerenah Nuqman.

Zampeada said...

nak perhatian kot, atau dia mahu mencari ruangnya sendiri utk diterokai.

anak remaja lah katakan.

p/s mcm lah aku ada anak sendiri... hehehe...

Blog Widget by LinkWithin

E-kad & Award dari teman

Salam Ramadhan
AlongArman