Pages

Thursday, August 27, 2009

Perhubungan sihat



Semua perhubungan memerlukan komunikasi dan kerjasama untuk berjaya.

Ada hubungan yang lebih rapat daripada yang lain, seperti hubungan antara suami dan isteri, ibu dan anak.

Ada hubungan yang kita pilih seperti hubungan antara sahabat handai.

Ada juga hubungan yang telah ditentukan seperti hubungan saudara-mara dan guru.


Perhubungan membentuk apa yang kita rasa tentang diri kita. Mengenali selok-belok perhubungan membantu kita membuat pilihan dalam hidup.


Sesuatu perhubungan itu sihat apabila kita:
  • diterima atas diri kita seadanya
  • boleh ketawa dan menangis bersama-sama
  • mendengar dan memahami antara satu sama lain
  • berasa selesa, selamat dan disokong.


Award dari sahabat di Indonesia


Award yang mempunyai nama yang cukup unik ni baru sahaja diterima dari sahabatku dari Indonesia Willyo Alsyah. Terima kasih sahabat.
Award ni perlu dikongsi dengan lima sahabat yang lain. Sahabat yang terpilih untuk menerimanya:
Sudi-sudilah buat kelima-lima adikku untuk menerima award yang mempunyai nama yang unik ini...

Tag dari sahabat

22 Ogos 2009 kena tag dengan adik Marjan.

25 Ogos 2009 kena tag yang sama dengan adik Nazmi Adam.

Oleh kerana kedua-dua adik akak telah tag perkara yang sama maka akak pun cantumkan menjadi satu...oklah tu.

Bukanlah niat dihati untuk menyimpan lama-lama tapi apakan daya urusan lain yang lebih penting perlu diutamakan. 4 Heroku semuanya demam...dari bangngah hingga baby bongsu. Alhamdulillah sekarang semuanya telah beransur pulih...syukur.

Syarat-syarat:

1)Copy gambar amal islam di atas. Copy satu post ni pun tak mengape. Mudah dan menjimatkan masa. harapnye begitu..
Akak dah copy lama dah...

2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu.. Lebih2? lagi bagus. Kalau nak bagi semua? amat digalakkan..
Nak cari 10 sahabat senang tapi nak paksa buat perkara yg sama susah sikit kot...

3) Gambar ini hak ciptaan tidak terpelihara..jadi sebar2knlah ye...
Insyaallah dengan izin Allah

4) Perkara yang wajib anda lakukan? Senang je..lakukan apa yang ditulis dekat gambar diatas.. Kalau tidak nampak? zoom la..

~THE END~
10 sahabat yang dengan senang hatinya telah ditag...

Kad dari Mama Kiter



Terima kasih mama kiter sebab sudi bagi dua kad yang cute mute ni...

Saturday, August 22, 2009

Keinsafan diri






Sungguh, segala puji bagi Allah swt. Kepada-Nya kita memberikan pujian, meminta pertolongan, dan memohon ampunan. Kepada-Nya pula kita meminta perlindungan dari keburukan diri dan kejahatan amal perbuatan.

Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada seorang pun yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa yang disesatkan-Nya, maka tidak ada seorang pun yang dapat memberikannya petunjuk.

Sesungguhnya saya bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, Dialah Tuhan satu-satunya dan tiada sekutu bagi-Nya. Saya juga bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya.

Semoga di bulan yang penuh keberkatan ini, kita dapat memperbanyakkan amal ibadah kepada-Nya dan mengurangkan aktiviti duniawi. Insyaallah.

Wednesday, August 19, 2009

Macam mimpi dapat award...

Thanks a lot buat Bro-mie kerana sudi bagi sis award nie....

Inilah award sulung yang saya dapat macam mimpi di siang hari....tak terucap di bibir, tak terungkai dengan kata-kata, hanya senyum yang memanjang dan bersyukur....

Ingin juga mengambil kesempatan di sini mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak...semoga diperbanyakkan lagi amal ibadat. Insyaallah....sama-samalah kita ingat mengingati.

Syarat menerima award yang special ni:

1. Link the person who tagged you
2. Copy the image above, the rules and the questionnaire in this post
3. Post this in one or all of your blogs
4. Answer the four questions following these Rules
5. Recruit at least seven (7) friends on your Blog Roll by sharing this with them
6. Come back to BLoGGiSTa iNFo CoRNeR (PLEASE DO NOT CHANGE THIS LINK) at http://bloggistame.blogspot.com and leave the URL of your Post in order for you/your Blog to be added to the Master List
7. Have Fun!
Questions & Your Answers

1. The person who tagged you
Bro-mie
2. His/her site's title and url
3. Date when you were tagged
August 19, 2009
4. Persons you tagged

Friday, August 14, 2009

Ciri-Ciri Insan Mulia


Warna putih sering dikaitkan dengan suci dan bersih. Sehelai kain kanvas yang putih pada mulanya akan diwarnakan oleh si pelukis untuk mencorakkan apa yang diinginkan. Terpulang kepada si pelukis tersebut bagaimana hendak mewarnakannya dengan sebaik mungkin... cikgu sains pun boleh berfalsafah juga.


Penonjolan dua watak yang negatif oleh saya sebelum ini iaitu 'Pak Pandir Moden' dan Si Kitol Moden' bukanlah bererti di dalam dunia ini tiada watak yang positif. Cuma kekadang timbul perasaan geram dan marah apabila kita menghadapi situasi tertentu yang memaksa kita berhadapan dengan orang yang berpewatakkan sedemikian...sabar je! Kan sabar itu separuh daripada iman.


Sebenarnya masih ada lagi insan-insan mulia yang mempunyai ciri-ciri seperti Saidatina Khadijah r.a. isteri Rasulullah S.A.W. Sebagai insan biasa kita tidak mungkin dapat menyamai Saidatina Khadijah r.a. ...namun sebagai hamba Allah swt, kita boleh berusaha memupuk dan menyemai sifat-sifat terpuji itu secara beransur-ansur dengan sabar. Antara sifat-sifat terpuji itu ialah taat perintah Allah, berakhlak mulia, dermawan, sabar, tabah, cekal, penyayang, berwawasan dan berfikiran kreatif. Keikhlasan hati beliau terletak di kedudukan langit tertinggi yang hanya boleh dicapai oleh insan yang melakukan sesuatu hanya kerana Allah swt semata-mata.


Sebenarnya di sebalik perkataan yang tersurat di atas ada perkara lain yang tersirat. Dalam kehidupan seharian kita masih ada lagi insan-insan mulia yang mempunyai hati yang ikhlas dan berakhlak mulia seperti Saidatina Khadijah r.a. Kekadang kita perlu menyemat di dalam hati bahawa keikhlasan untuk menolong orang lain tanpa mengharapkan balasan adalah antara ciri-ciri mulia yang Allah swt kehendaki. Melakukan sesuatu kerana Allah swt semata-mata akan meletakkan kita pada kedudukan langit tertinggi dan balasannya biarlah Alah swt yang menentukannya.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Adik Seri yang telah sudi membantu saya. Walau pun pertolongan itu nampak kecil tetapi doa yang baik dari seorang hamba kepada hamba yang lain adalah juga suatu keberkatan dan rahmat.

Wednesday, August 12, 2009

Si Kitol Moden



Merujuk kepada gambar ihsan di atas, pasti umum telah maklum tentang perkelahian dan pertarungan antara dua pahlawan Melayu Melaka pada zaman kegemilangan Kesultanan Melaka lebih lima ratus tahun yang lalu. Puncanya bukan kerana prinsip atau siapa yang benar tetapi.....oleh perasaan hasad dengki orang ketiga.


Saya sebenarnya ingin menonjolkan watak seorang antagonis di dalam Sejarah Melayu iaitu Si Kitol. Watak seorang petualang yang mempunyai sikap talam dua muka. Seorang yang di samakan dengan seekor sesumpah yang boleh bertukar warna kulit mengikut keadaan setempat. Seorang yang benar-benar jahat dan busuk hati. Kelebihan yang ada dalam dirinya adalah kebolehan dan kemahiran mengampu orang atasan tetapi dengan cara memijak kepala orang lain.


Si Kitol akan mengadu domba iaitu dengan mengadu kepada orang tertentu apa yang orang lain cakapkan mengenai orang itu. Begitulah keadaannya bila dia berjumpa orang lain dan akan mengadu tentang apa yang dicakapkan oleh si fulan kepada orang itu. Bagi meyakinkan cerita, maka Si Kitol akan memainkan peranan dengan menokok tambah cerita yang tidak benar.


AWAS! Si Kitol berada di mana-mana. Masih ramai di antara kita yang masih mengamalkan sikap dan nilai-nilai diri yang ada pada Si Kitol. Berhati-hatilah dengan Si Kitol Moden....fikirkanlah.


Monday, August 10, 2009

Queen of the night


Bunga Bakawali atau nama saintifiknya epiphyllum oxypetalum adalah spesies yang paling banyak di tanam kerana untuk menanamnya adalah mudah iaitu melalui daunnya sahaja.

Kenapa dikenali juga sebagai queen of the night atau lady of the night....jeng..jeng...jeng. Ni nak cerita.....bakawali mempunyai keanehan yang tersendiri kerana bunganya hanya mula mengembang pada pukul 10 malam dan kembang penuh pada pukul 12 tengah malam. Keindahannya hanya dapat dinikmati pada waktu malam je.

Pokok bakawali tidak menawan dan tidak menarik perhatian pun....tapi bunganya mengancam dari segi bentuk dan aromanya. Biarlah tak lawa pada pandangan orang lain tapi pada pandangan suami tercinta cantik....

Marilah kita tinjau dari khasiat perubatannya yang saya dapat melalui pembacaan.

Dari warnanya yang putih berseri bunga bakawali mempunyai tenaga getaran yang tinggi kerana warna putih merangkumi ketujuh-tujuh aura. Ish dasyat tu. Dari keharumannya yang paling mengancam dan lembut, bunga ini mujarab untuk mengubat masalah penglihatan. Bunga yang baru mengembang diletakkan di dalam air dan air yang telah menyerap tenaga getaran bunga tersebut boleh digunakan untuk membasuh muka. Mudahkan....tapi saya tak cuba lagi pun.

Esen getaran tenaganya...maksudnya bauan bunga bakawali yang mempunyai getaran tenaga boleh digunakan untuk menstabilkan sistem untuk mendatangkan keseimbangan mental, emosi, spiritual dan fizikal.

Lepas ni kita pakat tanam banyak-banyak bakawali lepas tu suruh tetamu datang waktu malam...



Saturday, August 8, 2009

Khasiat Bunga Kantan


Bunga Kantan atau nama saintifiknya Etlingera Elatior bukan sahaja terkenal di dalam masakan tetapi boleh dijadikan perhiasan. Gubahan yang menarik akan mengindahkan lagi suasana dengan warnanya yang menawan dan harumannya yang menyegarkan.
Bunga kantan juga mempunyai khasiat perubatan. Daunnya boleh digunakan sebagai ubat untuk menghilangkan bau hanyir badan dan rizomnya digunakan sebagai ubat untuk buang angin selepas bersalin iaitu dengan cara dimakan bersama sirih. Bunganya pula boleh mengekalkan awet muda apabila diracik halus dan dimasukkan ke dalam minyak wangi.
Selamat mencuba.

Friday, August 7, 2009

Lawatan Berfokus ke SK Seri Indra, Kangar, Perlis



31 Julai, Jumaat 2009
Pihak sekolah telah mengadakan lawatan berfokus dengan menjadikan SK Seri Indra sebagai penanda aras prestasi pengurusan dan pencapaian akademik serta aktiviti ko-kurikulum.

Terima kasih kepada Tuan Guru Besar SKSI yang telah memberikan rahsia kejayaan mereka. Maklumat yang diberikan amat berguna sebagai panduan...Sekolah Baguih, Nasi Tomato pun sedaaap!
Orang Perlis memang pandai rai tetamu...
Kawan-kawan lain naik 2 buah bas tapi saya sekeluarga naik kenderaan sendiri. Bukan apa...mai Perlis ni serupa balik kampong le! Depa semua pi Padang Besar, saya mai jumpa kawan lama di SK Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Guru Besar, cikgu dan anak murid seronok bila berjumpa. Lepas tu saya sekeluarga berkelah di tepi laut dan beli belacan di Sg. Berembang. Kuala Perlis memang best...makan murah, orangnya peramah.

Trial UPSR Sains Negeri Terengganu



Nak kongsi dengan semua soalan Trial UPSR Negeri Terengganu untuk subjek sains. Selamat mencuba.


Wednesday, August 5, 2009

Hukuman dan Amaran atau Didikan dan Nasihat

Apa sahaja tindakan yang hendak diambil ada sebab dan akibatnya. Didikan dan nasihat atau hukuman dan amaran mesti diiringi oleh dua akibat iaitu jika diikut akan mendapat ganjaran (hadiah) dan jika diingkari akan menerima hukuman (denda).
Bercerita mengenai hukuman, teringat zaman dulu-dulu waktu bersekolah, tak kiralah sekolah rendah atau sekolah menengah. Hukuman apa yang tak pernah kena, dari cubit perut, rotan tangan, tampar, ketuk ketampi, ketuk kepala dengan buku dan banyak lagilah. Yang hairannya waktu tu tak ada pun cikgu yang kena serang atau kena masuk mahkamah. Nak mengadu kat mak dan ayah takut silap haribulan kita balik yang kena rotan.
Hari ni semuanya dah berbeza. Pantang sentuh sikit kena serang atau kena saman. Cikgu semuanya ada perasaan bukan ambil tindakan membuta tuli. Kalau anak murid buat kerja sekolah, tak nakal, tak kanlah cikgu nak ambil tindakan yang tak masuk akal.
Pengalaman sepanjang bergelar seorang pendidik, belum pernah lagilah kena serang. Minta-minta janganlah berlaku pada diri ini. Berdasarkan pengalaman, anak-anak murid kita tak suka cikgu yang tidak tegas. Mereka boleh menilai cikgu yang mana ikhlas mencurahkan ilmu dan yang mana cukup bulan ambil gaji je. Kita kena ingat waktu mengajar kena tegas, hukuman yang diberi perlu tekal dan konsisten tapi di luar waktu pengajaran mereka adalah sahabat kita. Saya secara jujurnya memang seorang yang tegas tetapi ramai dari kalangan anak murid menjadikan saya seperti sahabat yang mereka boleh ceritakan apa sahaja masalah yang dihadapi. Seronokkan kalau macam tu.
Al-Qobisi berkata (saya dapat dari sebuah buku):
Alangkah baiknya kalau para pendidik menjadi "ayah" pada anak-anak didiknya. Janganlah pendidik tadi selalu bermasam muka pada anak-anaknya kerana perbuatan itu adalah dibenci, menyebabkan anak-anak kurang ajar padanya. Hendaklah dia menasihati mereka. Jika tidak berjaya, bolehlah memukul mereka dengan pukulan yang menyakitkan tetapi tidak melebihi hadnya dan janganlah pukulan itu terlalu perlahan.
Adalah tidak patut seseorang pendidik itu mewakilkan seorang murid untuk memukul rakannya kerana perkara itu menyebabkan timbulnya rasa benci sesama mereka. Muka dan kepala hendaklah dielakkan semasa memukul....

Renung-renungkanlah........

Monday, August 3, 2009

Trial UPSR Sains Kedah

Berkongsi soalan percubaan sains dari Negeri Kedah.

Saya berharap, jika ada guru dari negeri lain yang ingin berkongsi soalan percubaan UPSR dari mana-mana negeri bolehlah emelkan soalan ke mailto:rizakhairi@gmail.com



Sila klik untuk soalan sains bahagian A




Sila klik untuk soalan sains bahagian B





Sila klik untuk mendapatkan skema jawapan




Enjoy and be happy

Ingin berkongsi apa yang diperolehi:



If you want enjoy and be happy for a day, organize a party.
If you want enjoy and happy for a week, go for a vacation.
If you want enjoy and be happy for a year, grow a garden.
If you want enjoy and be happy for a lifetime, develop human being.

For me, I want to be happy for a lifetime. How about you?

Blog Widget by LinkWithin

E-kad & Award dari teman

Salam Ramadhan
AlongArman