Pages

Thursday, July 30, 2009

Yeh! Exam dah habis

Aduh! Lega rasanya hati aku hari ini. Bukan apa...trial exam UPSR peringkat negeri dah habis. Hati aku berdebar kerana bukan saja anak murid ku di SK Lunas Jaya tetapi anak ketiga aku juga ambil UPSR tahun ni di SK Taman Ria.
Sebagai guru dan seorang ibu, aku tetap merasa bimbang dengan pencapaian mereka. Hati ku gusar...harapan ku tinggi mahu melihat mereka semua berjaya. Sekian lama aku berpenat lelah mencurahkan ilmu, memerah otak dan tenaga untuk melihat hasil yang terbaik daripada anak-anak murid ku.
Aku berdoa agar anak-anak murid ku akan memberikan yang terbaik dalam peperiksaan sebenar nanti.

Soalan UPSR Sains oleh Guru Pakar

Marilah kita cuba menjawab beberapa soalan UPSR Sains Bahagian B.
Soalan-soalan ini telah digubal oleh Tuan Wan Mohd. Saberi bin Wan Mahmud yang mempunyai banyak pengalaman antaranya sebagai JU Sains Negeri Kedah, Panel PEKA Sains, Guru Pakar Sains, Ketua Penggubal Soalan Sains, Penggubal Soalan Website guru.net.my(B.H Online).
Untuk download soalan , sila klik di sini.


Saturday, July 25, 2009

Inferences

Mula-mula sekali terima kasih kepada Encik Wan Mohd Saberi bin Wan Mahmud, Guru Pakar Sains dan Jurulatih Utama Sains Negeri Kedah kerana telah memberi ilmu yang bernilai.
Saya telah membuat beberapa penambahbaikkan ke atas soalan yang telah saya bina berkaitan inferences dan observation berdasarkan penerangan yang telah diberi oleh Encik Wan Mohd Saberi bin Wan Mahmud.
Soalan observation tidak berdiri dengan sendiri tetapi berdasarkan inference.

Tiada soalan begini:
State one observation about the condition of the balsam plant after one week.

Tetapi di dalam bentuk begini:
a) Based on the observation of the balsam plant after one week, give a reason (inference)
b) Write another observation to support your answer in a)

Boleh cuba menjawab soalan-soalan yang telah 'didownload' dalam document scribid. Selamat mencuba.

Broken English

I just want to challenge myself and sharpened my English. So if I make any mistakes........thousand apologise.....and please correct me.
I am always concern what had happened to me yesterday, what will happen to me tomorrow. I keep thinking and thinking.......It make me be in a state of continuous depression, sadness and nervousness. Of course I tried to overcome it, to be more relaxed, peaceful in heart and mind.
"Worry does not empty tomorrow of its sorrow; it empties today of its strength" said by Corrie Ten Boom.
One day, I have bought a very great book, writer: Zabrina A. Bakar, Life is an Open Secret. Inspired me with her sweet story about life using simple English that I can understand it easily. I want to share a poem from this book entitled Yesterday, Today and Tomorrow, caused it help me a lot to let go something worrying and bothering me. A good thing is, it's teach me to become more realistic in life. Thanks Sis Zabrina.

Today is the tomorrow I worried about yesterday
And today was such a lovely day,
That I wondered why I worried about today yesterday
So today I am not going to worry about tomorrow
There may not be a tomorrow anyway

So today I am going to live as if there is no tomorrow
And I am going to forget about yesterday.
Today is the tomorrow I planned for yesterday
And nearly all my plans for today did not
plan out the way I thought they would yesterday

So today I am forgetting about tomorrow
and I will plan for today
But not too strenuously
Today I will stop to smell a rose
I will tell a loved one how much I love her
I will stop planning for tomorrow and
plan to make today the best day of my life.

Today is the tomorrow I was afraid of yesterday
And today was nothing to be afraid of
So today I will banish fear of the unknown
I will embrace the unknown as a learning
experience full of exciting opportunities

Today, unlike yesterday, I will not fear tomorrow.
Today is the tomorrow I dreamed about yesterday
And some of the dreams I dreamt about
yesterday came true today
So today I am going to continue dreming about tomorrow
And perhaps more of the dreams I dream today
will come true tomorrow.
Today is the tomorrow I set goals for yesterday
And I reached some of those goals today

So today I am going to set slightly
higher goals for today and tomorrow
And if tomorrow turns out to be like today
I will certainly reach all of my goals one day!

Friday, July 24, 2009

Semalam di Puteri Ayu Resort, Yan, Kedah



23 - 24 Julai 2009


Semalam aku bermalam di kaki Gunung Jerai, di istana hinggap Puteri Bunian yang terletak di tepian anak sungai berbatu dan jernih air nya. Istana kecil yang dihuni bersama suami dan anak-anakku. Walaupun kecil, hatiku menjadi sejuk sesejuk air yang mengalir jernih di celah-celah batu gunung yang setia diuliti kedinginan kehijauan flora dan kehidupan fauna.









Panorama senja di Pantai Murni, Yan.






Puteri Ayu Resort telah menyaksikan kesungguhan dan kekentalan jiwa anak-anak muridku mengikuti Program Teknik Menjawab Soalan UPSR atas daya usaha Guru Besar, Pen. Kanan dan Guru-Guru Tahun 6, SK Lunas Jaya.





Terima Kasih kepada Encik Wan Mohd Saberi B. Wan Mahmud, Guru Pakar Sains Daerah Kuala Muda Yan, penceramah bagi subjek Sains.








Wednesday, July 22, 2009

Kisah Pak Pandir Moden

Pak Pandir adalah watak dalam mitos orang Melayu. Perwatakan sebagai seorang yang cerdik tetapi ada bodohnya. Berlagak pandai tetapi bersikap lengai atau bersikap acuh tak acuh. Lebih banyak menyusahkan orang lain kerana kebodohannya itu.

Watak seperti ini ada di mana-mana jua. Sama ada di rumah atau di tempat kerja. Tanpa kita sedari sikap ini sebenarnya memang wujud di kalangan ahli keluarga atau rakan-rakan.

Ciri-ciri Pak Pandir:
  • Gemar bercakap besar tetapi tidak sepadan dengan kemampuan diri yang sebenar
  • Tidak suka merancang dan mengurus kerja dengan baik
  • Bersikap pelupa dan selalu lupa diri
  • Tidak mahu mengaku kelemahan diri
  • Sering membuat kesilapan yang berulang
  • Bersikap suka bertangguh
  • Suka membuat kerja di saat-saat akhir
  • Bersikap "Aku lebih tahu dari orang lain"

Kita perlu berani untuk berubah. Jangan mengharapkan orang lain untuk mengubah diri kita. Antara perubahan yang perlu dilaksanakan ialah:

  • Kita perlu berusaha menambah ilmu dan kemahiran diri
  • Berusahalah menjadi seorang pengurus yang baik
  • Berusahalah menjadi seorang pencatat yang cekap
  • Sentiasa bermuhasabah diri
  • Pastikan diri sentiasa cekap dan berhemah
  • Cekap menguruskan masa dan mengatur jadual kerja
  • Menghormati kelebihan dan kemampuan orang lain

Tuesday, July 21, 2009

Suka dalam duka

Mula-mula sekali, aku ingin memanjatkan syukur kehadrat illahi kerana telah memberikan aku kekuatan fizikal dan mental di dalam menjalani kehidupan hari ini. Dengan limpah dan kurnianya juga aku telah berjaya menghasilkan modul sendiri untuk eksperimen PEKA yang telah aku guna pakai selama dua tahun dan dikongsi bersama-sama cikgu sains yang lain (Alhamdulillah telah banyak menyenangkan rakan-rakan).



Hari ini segala hasil kerja aku telah dinilai oleh Pentaksir Kawasan. Sebagai Ketua Pentaksir Sekolah, aku telah mengadakan segalanya dengan sebaik mungkin. Apabila diminta senarai 10 murid tahun 6 untuk dibuat penilaian, aku memberi peluang kepada PKw sendiri untuk memilih antara dua kelas yang aku ajar yang mana satu yang menjadi pilihan hati. Bagi aku tiada apa yang perlu aku sorokkan antara murid yang cemerlang atau kurang sedikit kecemerlangannya. Semuanya aku nilai dengan sebaik mungkin. Aku sentiasa memberitahu anak muridku tahap pencapaian mereka dan apa yang perlu mereka lakukan untuk meningkatkan kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif supaya mereka mendapat skor yang terbaik.



Komen yang aku dapat hasil dari pemantauan pelaksanaan PEKA pada hari ini sangat memuaskan iaitu "Evidence lengkap, guna modul sendiri, ada gambar-gambar aktiviti, fail induk lengkap". PKw memberitahuku memang digalakkan menggunakan modul sendiri dan beliau sendiri tidak berkesempatan untuk membuatnya tetapi hanya mengambil dari buku yang telah sedia ada terjual di kedai. 'Terasalah pulak yang aku lebih advance dari PKw' (Jangan riak, tak baik).



Kekadang aku terasa susahnya untuk aku menempatkan diri di daerah yang baru. Visi dan misi aku tinggi melangit tapi tak ada siapa yang nampak hasil kerja aku. Tapi aku tetap bersyukur kerana insan-insan yang nampak pengorbananku ialah anak-anak muridku sendiri (suamiku adalah pendorong nombor satu dan anak-anakku adalah sumber inspirasi).



Mungkin aku ni jenis yang terlalu 'ambitious', salah kah?................Kalau orang lain boleh berjaya dan menjadi 'somebody', aku tak mahu jadi 'nobody' sampai bila-bila.

Thursday, July 16, 2009

Evidence for PEKA

Pentaksiran sekolah ialah satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan dalam bentuk formatif yang dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir unit pembelajaran, semester atau tahun.

Semua guru telah didedahkan maksud pentaksiran sewaktu mengikuti pengajian di maktab. Pada ketika ini, lebih penekanan diberikan terhadap Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Terdapat beberapa pecahan seperti PEKA (Sains), PLBS (B. Melayu dan B. Inggeris) dan PAFA (Pend. Agama Islam).

Peranan yang perlu dimainkan oleh guru dalam pentaksiran sekolah ialah:
  • menjadi pemudahcara dalam proses Pembelajaran.
  • membuat pemerhatian langsung dan tak langsung tentang tingkah laku murid dalam Pembelajaran.
  • mendapat maklumat tentang pembelajaran murid.
  • memberi maklum balas tentang pembelajaran murid.
  • membantu memperbaiki pembelajaran murid berdasarkan maklumat yang diperolehi.

Berkaitan dengan PEKA Sains, saya telah mengadakan 'evidence' untuk eksperimen 'pickling'. Murid-murid menjalankan eksperimen berkumpulan untuk menghasilkan jeruk yang mereka tentukan sendiri buah yang hendak dipilih untuk dijadikan jeruk. Selepas seminggu mereka akan memberikan jeruk tersebut kepada semua guru beserta borang 'komen'. Guru-guru akan meninggalkan komen setelah merasanya. Saya dapat menilai hasil kerja murid bersama-sama guru yang lain. Oleh itu saya merasakan penilaian yang akan saya buat kelak lebih tepat dan tidak 'bias'.

Gambar-gambar sekitar eksperimen dijalankan.













Beberapa contoh ' komen' dari guru-guru.


Semua usaha seakan berbaloi

Aku telah selesai menanda kertas ujian sains tahun 6 kali kedua tepat pukul 2 pagi untuk dua kelas yang aku ajar 6 UKM dan 6 UPM. Rasa berbangga terhadap pencapaian yang ditunjukkan oleh anak-anak didikku. Secara peribadi bagiku ada peningkatan, syukur alhamdulillah.
"Kalian tidak mensia-siakan ilmu yang telah cikgu curahkan dan cikgu bangga dengan kalian. Teruskan kecemerlangan pada Peperiksaan Percubaan UPSR nanti".

'Study Smart'






Wednesday, July 15, 2009

Persiapan Hari Anugerah Cemerlang

Hari ini, aku sampai di sekolah, tepat jam 7.25 pagi. Cepat-cepat aku ke pejabat untuk masukkan kehadiran. Tiba-tiba PK 1 memanggilku untuk menyatakan sesuatu. Hatiku tertanya-tanya, ada masalah apa. Rupa-rupanya aku kena menggantikan tempat ketua bahagian persiapan pentas, kerana beliau ada hal penting yang perlu diselesaikan.

Selaku guru yang baru berpindah ke sekolah ni, aku masih tak begitu mahir tentang budaya kerja di sini. Aku mungkin berpengalaman kerana sepanjang aku bergelar seorang guru, macam-macam jawatan yang dah aku pegang. Yalah setiap sekolah ada budaya kerja yang berbeza. Contoh masa aku mengajar di SMKP, Kuala Perlis, aku kena bahagian 'backdrop'. Masa tu tak guna 'banner' tapi kena buat huruf sendiri, warnakan dan tampal di dewan. Kena ada cara yang betul kalau tidak perkataan yang ditulis tidak terletak betul-betul ditengah-tengah. Memang merumitkan.

Berbalik pada masalah aku hari ni, aku mula menggelabah. Nasib baik aku jenis yang tak tau malu dan suka bertanya (inilah sifat yang aku selalu terapkan dekat semua anak-anak didikku). Aku minta bantuan, idea dan khidmat nasihat dari guru-guru yang telah lama berkhidmat di sekolah ni. Alhamdulillah, kerja aku jadi mudah kerana ramai yang membantu. Anak-anak didik yang kukasihi pun semuanya ringan tulang, pantang disuruh.

Terima kasih tak terhingga pada rakan-rakan yang telah banyak membantu terutamanya Ikhwan, 'you are the best'. Juga tak dilupakan PK HEM dan PK Koku dan ramai lagilah. Akhir sekali pada anak-anak didikku, kalian memang 'sporting'.

"Letih pun tak pa, yang penting seronok"





Tuesday, July 14, 2009

Belajar jawi

Apabila saya sedang asyik melayari laman web, saya terjumpa sesuatu yang menarik yang ingin saya kongsi bersama. Saya dapati web ejawi sangat interaktif dan berguna. Ianya memudahkan kita untuk membuat translasi dari rumi ke jawi dan hasilnya begitu pantas.



Semoga ianya akan memberi banyak manafaat kepada semua. Web Ejawi.net telah diprogramkan untuk generasi akan datang supaya tidak lupa macam mana nak tulis dan baca jawi.

Saturday, July 11, 2009

Ilmu Pertolongan Cemas

Kenapa pentingnya ilmu pertolongan cemas?. Ilmu asas pertolongan cemas sekurang-kurangnya membolehkan kita membantu ahli keluarga sementara menunggu bantuan paramedik tiba atau pun sebelum dihantar ke hospital. Saya ingin berkongsi beberapa teknik yang perlu kita ketahui, jika berlaku kemalangan yang tidak diingini. "Malang Tak Berbau". Ilmu ini saya dapat melalui pembacaan dari akhbar dan buku.
Melecur
Tercedera akibat tumpahan air panas atau sebarang benda yang panas selalunya akan membentuk bengkak atau gelembung air. Jangan dipecahkan tetapi tekap dengan ais atau air sejuk dalam jangkamasa setengah jam pertama untuk kurangkan bengkak dan kemerahan. Meletakkan ubat gigi tidak digalakkan kerana dikhuatiri ada jangkitan kuman.
Benda masuk mata
Mata hendaklah dibasuh melalui air mengalir atau di dalam baldi berisi air, kedipkan mata. Jangan ditiup kerana dikhuatiri akan menyebarkan kuman pada mata.
Renjatan elektrik
Mangsa yang terkena renjatan elektrik tidak boleh disentuh ketika mangsa masih bersambung pada aliran elektrik. Pisahkan mangsa dengan menggunakan sebarang penebat seperti getah atau kayu. Jika mangsa mengalami jantung terhenti beri bantuan CPR.
Tercekik
Jika pasti seseorang mengalami tanda tercekik, cuba menyuruh mangsa batuk untuk keluarkan objek tersebut dan jika gagal lakukan prosedur Heimlich. Genggam sebelah tangan, lilit keliling pinggang mangsa dari belakang dan pegang dengan tangan sebelah lagi. Kedudukan genggaman tangan di bawah tulang rusuk dada. Tekan dengan sentapan untuk guna tekanan udara tolak objek tersekat keluar. Keluarkan objek punca tercekik dan dapatkan rawatan. Mengorek objek yang tersekat akan dikhuatiri menolaknya lebih jauh ke dalam.
Luka
Luka akan menyebabkan pendarahan berlaku. Tekan titik tekanan darah paling hampir untuk kurangkan aliran darah ke tempat luka jika pendarahan teruk berlaku. Gunakan kain yang bersih dan tekankan pada kawasan luka.
Lemas
Mangsa yang lemas perlu diletakkan secara meniarap, kepala ke sisi (kiri atau kanan). Tolak bahagian belakang pinggang ke atas sehingga air dikeluarkan. Jika tiada nadi lakukan CPR setelah pasti air telah dikeluarkan.

Friday, July 10, 2009

Aktifkan diri anda

Aktiviti kokurikulum di sekolah dapat meningkatkan keyakinan diri, melatih diri menjadi seorang yang mahir berkomunikasi seterusnya dapat menajamkan minda. Cabaran ini saya ambil dengan mengadakan aktiviti memanggang dengan menggunakan arang bersama-sama ahli PBSM SKLJ. Maklumlah guru penasihat PBSM, kena perah otak sikit nak bagi semua ahli rasa seronok dan teruja untuk berpesatuan.

Perancangan telah dibuat dengan rapi tapi bila tiba hari yang ditunggu-tunggu, hujan renyai-renyai. Panggang tetap panggang, cuma ada yang dapat makan cepat dan ada yang masih terkial-kial menghidupkan bara. Inilah yang dikatakan cabaran.

Gambar-gambar yang diambil sewaktu aktiviti dijalankan. Kenangan manis terutama bagi murid tahun 6.













Tuesday, July 7, 2009

Soalan UPSR Sains berdasarkan kenyataan

1. The statement below was recorded by Fahmi, when he made an observation about population of plant B in area M.
Kenyataan di bawah telah dicatat oleh Fahmi, apabila dia membuat pemerhatian ke atas populasi tumbuhan B di kawasan M.
In 2006, 150 plants B were found. A year after that, 20 of plants B were destroyed. In 2008, 100 plants B were still alive. In 2009, only 50 of plants B were found.
Pada tahun 2006, 150 tumbuhan B telah dijumpai. Setahun selepas itu, 20 daripada tumbuhan B telah musnah. Pada tahun 2008, 100 tumbuhan B masih hidup. Pada Tahun 2009, hanya 50 tumbuhan B telah dijumpai.
a) What is the aim (purpose) of the investigation?
Apakah tujuan penyiasatan ini?
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
b) State two information gathered from the statement above.
Nyatakan dua maklumat yang diperolehi daripada kenyataan di atas.
i) ______________________________________________________________________________
ii) ______________________________________________________________________________
c) What is the pattern (trend) for the change of plant B that still alive every year?
Apakah corak perubahan haiwan X yang masih selamat pada setiap tahun?
________________________________________________________________________________
d) Predict the number of plant B that still alive in 2007.
Ramalkan bilangan tumbuhan B yang masih hidup pada tahun 2007.
___________________________________________________________________________________________________
e) State the things that you:
Nyatakan perkara yang kamu:
i) changed / manipulasikan
______________________________________________________________________________
ii) observed / bergerak balas
______________________________________________________________________________
iii) kept the same / malarkan
______________________________________________________________________________
f) What conclusion can be drawn from the information above?
Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berkaitan maklumat di atas?
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________

2. The statement below shows a fair test about the stability of an object.
Kenyataan di bawah menunjukkan satu ujikaji tentang kestabilan satu objek.
Container A and B are the same height. Naufal put 150 ml of water into container A and 10 ml of water into container B. Then both containers receive the same speed of wind blown by the fan. The result shows that container B toppled earlier than container A.
Bekas A dan B mempunyai ketinggian yang sama. Naufal memasukkan 150 ml air ke dalam bekas A dan 10 ml air kedalam bekas B. Kemudian kedua-dua bekas menerima kelajuan angijn yang sama daripada kipas. Keputusan menunjukkan bekas B tumbang lebih awal berbanding bekas A.
a) What is the aim (purpose) of the investigation?
Apakah tujuan penyiasatan ini?
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
b) State two information gathered from the statement above.
Nyatakan dua maklumat yang diperolehi daripada kenyataan di atas.
i) ______________________________________________________________________________
ii) ______________________________________________________________________________
c) What is the pattern (trend) for the change of container toppled?
Apakah corak perubahan bekas yang tumbang?
________________________________________________________________________________
d) State one relationship between the height of container and the time taken for container to topple.
Nyatakan satu hubungan antara ketinggian bekas dan masa yang di ambil untuk bekas tumbang.
___________________________________________________________________________________________________
e) State the things that you:
Nyatakan perkara yang kamu:
i) changed / manipulasikan
______________________________________________________________________________
ii) observed / bergerak balas
______________________________________________________________________________
iii) kept the same / malarkan
______________________________________________________________________________
f) What conclusion can be drawn from the information above?
Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berkaitan maklumat di atas?
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________

Monday, July 6, 2009

Perkongsian pintar

Zaman serba canggih. Apa yang diperlukan, tidak perlu bersusah payah untuk mencari. Hanya menekan di papan kekunci semuanya akan dipaparkan di skrin monitor. Senangkan. Kecanggihan yang dicipta manusia akan ada kelemahannya. Apa yang pasti sebagai manusia yang berakal waras, kita diberi pilihan yang mana hendak dipilih. 'Tepuk Dada Tanyalah Akal'.
Berkongsilah segala ilmu untuk kebaikan, kenapa tidak. Ilmu yang dikongsi tidak akan habis tetapi semakin bercambah dan dapat dimanafaatkan oleh semua. Seorang guru tidak akan menjadi bodoh dek kerana setiap hari memberikan ilmu kepada anak didiknya tetapi bayangkan ilmu yang diterima seterusnya digunakan, pahalanya pasti diperolehi sampai bila-bila. Apa yang penting ikhlas berkongsi ilmu.
Kita perlu berani mencari ilmu, jika ilmu itu membawa kebaikan. Jangan mudah berputus asa. Bukalah minda berkongsilah secara pintar. Mungkin boleh dihayati petikan ini. "If you want to see the forest, you have to get out of it. If you are in it, you cannot see the forest, you only see tree trunks!"
Blog Widget by LinkWithin

E-kad & Award dari teman

Salam Ramadhan
AlongArman