Semoga usaha anak-anak muridku dan usahaku mendapat keberkatan dariNya. Insyaallah.
Sunday, May 1, 2011
Kaedah Pembelajaran Kendiri
Saturday, April 10, 2010
Program Motivasi & Teknik Menjawab Soalan di Pendang Lake Resort
Pada 1 & 2 April 2010, sekolah telah menjalankan satu program untuk murid-murid tahun 6. Oleh kerana murid yang terlibat adalah murid dari kelas yang saya mengajar, maka saya pun bermalamlah bersama murid-murid.
Kalau peringkat dalaman saya yang memberikan teknik-teknik menjawab soalan. Peringkat luaran pula, ceramah disampaikan oleh JU Sains Negeri Kedah, Guru Sumber/Pakar Sains dan banyak lagi, pendek kata seorang guru yang berpengalaman, Encik Wan Mohd Saberi bin Wan Mahmud. Terima kasih yang tak terhingga dari semua warga SKLJ kerana telah mendapat ilmu yang banyak, panduan dan tip-tip yang berguna.
Hari ni, 10 April 2010 (Sabtu) saya terlibat dengan Mesyuarat Agung Kali ke 21 BSMM Cabang Kulim Bandar Baharu kerana telah terpilih menjadi salah seorang AJK Induk Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Kulim Bandar Baharu bagi sesi 2010/2011.
"Alhamdulillah, walaupun sibuk tapi aku masih sempat meluangkan masa berkualiti bersama-sama keluarga tercinta"
Friday, February 19, 2010
Saya - Antara Tanggungjawab dan Tugas

Saturday, November 14, 2009
Empat Cerita Dalam Satu
Pendahuluan bicara yang tak seiring dengan cerita yang hendak dibawa. Sebenarnya nak menceritakan tentang kesibukan sepanjang dua minggu kebelakangan ini.
4 November 2009, Rabu - Persembahan Rekacipta Alat Muzik dari Bahan Terbuang
Murid Tahun 6 menunjukkan bakat masing-masing sama ada secara individu atau berpasangan menerangkan alat muzik yang direka dan memainkannya untuk diberikan markah oleh saya iaitu guru yang bertanggungjawab menyelaras aktiviti ini.


5 November 2009, Khamis - Lawatan Sambil Belajar ke Taiping
Sekitar Hutan Paya Matang, berjalan-jalan sambil melihat keindahan alam ciptaan tuhan. Kemudian diberi sedikit taklimat cara pembuatan arang di kilang arang. Banyak maklumat yang diperolehi di sini.
5 November 2009 & 6 November 2009 - Perkhemahan Unit Uniform Tahun 4 & 5
Selaku guru pemimpin PBSM terpaksalah tinggalkan anak buah pada hari Khamis kerana terlibat dengan lawatan tahun 6. Terpaksalah tebus balik dan terus mengaktifkan diri pada hari Jumaat. Bertanggungjawab sebagai AJK masak memasak, pada petang Khamis bawa balik sardin untuk dimasak di rumah untuk dibuat sandwich. Pagi Jumaat selesai solat subuh terus ke sekolah bersama-sama sardin yang telah siap dimasak. Sempatlah mengambil gambar rakan-rakan yang sedang menyiapkan sandwich.

8 November 2009 hingga 12 November 2009 - Guru Bertugas Mingguan
Sepanjang minggu bertugas, terasalah sibuk lebih sikit berbanding dengan minggu-minggu yang lain. Bertugas berdua tetapi saya diberi tanggungjawab untuk mengupas tajuk berkaitan Jati Diri pada perhimpunan rasmi hari Ahad. Menghilangkan kebosanan murid, saya cuma memberikan maksud dan seterusnya mendeklamasikan sajak.
Sajak dimulakan dengan pantun...
Hendak bajak diberi bajak,
dalam bajak ada bidara;
hendak sajak diberi sajak,
dalam sajak ada bicara.
Wednesday, October 14, 2009
Pertandingan Petanque - Aktiviti Pasca UPSR
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga mengaktifkan blog ini yang sudah sekian lama sepi tanpa sebarang berita. Terasa diri ini terlalu rindu... untuk menulis kembali apa sahaja yang terbuku dihati.
Tepat jam 3.45pm pada 10 September 2009, maka berlabuhlah tirai UPSR 2009. Lega rasanya hati kerana segala usaha dan ilmu yang dicurahkan telah digunakan oleh anak-anak murid & anak sendiri sewaktu menghadapi peperiksaan UPSR. Moga keputusan nanti akan memberikan kepuasan yang berganda kelak....amin. (Kepada murid-murid 6UKM 2009, you are the best...)
Mesyuarat guru tahun 6 diadakan bagi membincangkan aktiviti-aktiviti pasca UPSR, setiap guru dipertanggungjawab bagi setiap aktiviti yang telah dicadangkan. Guru Besar berminat dengan permainan petanque (sebutannya pay tong) apa lagi aku terus bersetuju untuk menjadi penyelaras bagi pertandingan petanque berdasarkan pengalamanku yang pernah bermain 10 tahun yang lalu. Oleh kerana terlupa dengan teknik dan peraturannya aku melayari internet. Seperti pepatah ada mengatakan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Aku memperolehi ilmu yang sangat berguna.
Sebelum tarikh pertandingan dijalankan, aku memberi penerangan kepada semua murid tahun 6 tetapi malangnya ramai yang kurang berminat. Tanpa berputus asa, aku berkempen lagi sehinggalah pada tarikh yang ditetapkan, aku membuat keputusan memaksa semua murid yang terdiri dari 4 kelas tahun 6 untuk beratur dan membentuk pasukan masing-masing (3 sepasukan). Murid perempuan di dalam keadaan yang terpaksa menurut perintahku. Manakala murid lelaki pula memberi alasan hendak bermain bola untuk pertandingan akhir.
Setelah pendedahan diberikan mereka mula bermain dan berlatih sebelum pertandingan dijalankan. Setelah mula bermain, barulah mereka tahu betapa seronoknya permainan petanque tersebut. Itulah yang dikatakan tak kenal maka tak cinta. Pertandingan akhir dijalankan pada 8 Oktober 2009. Aku merasakan segala usahaku sepanjang minggu tersebut tidak sia-sia di dalam memperkenalkan satu permainan yang baru bagi anak-anak muridku.
Gambar-gambar yang diambil oleh Tuan Haji Tarmizi sekitar Pertandingan Separuh Akhir pada 7 Oktober 2009.
Friday, August 7, 2009
Lawatan Berfokus ke SK Seri Indra, Kangar, Perlis



Friday, July 24, 2009
Semalam di Puteri Ayu Resort, Yan, Kedah
Semalam aku bermalam di kaki Gunung Jerai, di istana hinggap Puteri Bunian yang terletak di tepian anak sungai berbatu dan jernih air nya. Istana kecil yang dihuni bersama suami dan anak-anakku. Walaupun kecil, hatiku menjadi sejuk sesejuk air yang mengalir jernih di celah-celah batu gunung yang setia diuliti kedinginan kehijauan flora dan kehidupan fauna.
Panorama senja di Pantai Murni, Yan.
Puteri Ayu Resort telah menyaksikan kesungguhan dan kekentalan jiwa anak-anak muridku mengikuti Program Teknik Menjawab Soalan UPSR atas daya usaha Guru Besar, Pen. Kanan dan Guru-Guru Tahun 6, SK Lunas Jaya.
hmud, Guru Pakar Sains Daerah Kuala Muda Yan, penceramah bagi subjek Sains.


























