Pages

Showing posts with label Aktiviti kokurikulum. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti kokurikulum. Show all posts

Wednesday, September 14, 2011

Jiwa Merdeka

Sempena bulan kemerdekaan sekolah telah mengadakan beberapa pertandingan.  Antaranya pertandingan kelas patriotik.  Maka berkobar-kobarlah anak-anak muridku dalam menghias kelas mereka.  Seronok rasa hati melihat semangat yang ditunjukkan.  Moga ianya bukan sekadar pada zahirnya sahaja tapi membawa pengertian yang lebih mendalam.



Saya dengan semangat yang berkobar-kobar telah menghasilkan sebuah sajak untuk diperdengarkan kepada seluruh warga sekolah pada perhimpunan pagi.

Aku Bangga Menjadi Anak Malaysia

Kini...
Tiada lagi tangisan insan terluka,
Batin sengsara berkorban jiwa...
pertahankan negara,
Daripada penjajah durjana.

54 tahun dahulu...
Stadium Merdeka menjadi saksi,
Negaraku merdeka,
Rakyatku tidak lagi tersiksa,
Menangis gembira menyulam cahaya.

Aku bangga menjadi anak Malaysia,
Negaraku cemerlang,
Rakyatku terbilang,
Serata dunia nama Malaysia gemilang.

Kini 54 tahun berlalu...
Tiada lagi penjajahan,
Tiada lagi penderitaan,
Burung berterbangan bebas berkicauan,
Menjadi tanda negaraku aman,
Menuju mercu kejayaan.

Aku bangga menjadi anak Malaysia,
Maju berteknologi,
Melangkah ke arah globalisasi,
Namamu Malaysia sentiasa dijulang tinggi,
Bangganya diriku di dalam hati.

Aku bangga menjadi anak Malaysia,
Ku genggam erat amanah pejuang negara,
Pertahankan kemerdekaan dari anasir durjana,
Meneruskan kemajuan disebalik manik kemerdekaan,
Sematkan semangat jiwa merdeka,
kerana yang pastinya,
Aku bangga menjadi anak Malaysia.


"Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada"

Saturday, February 5, 2011

Perkhemahan Kokurikulum Jati Diri

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga saya melapangkan diri untuk mencoretkan sesuatu di blog yang dah bersawang dan berhabuk ni.

Pada 28 - 29 Januari 2011 yang lepas, sekolah telah mengadakan perkhemahan.  Apalagi banyaklah kerja yang nak kena buat tapi semuanya berjalan lancar kerana mendapat kerjasama yang sangat baik dari semua guru yang terlibat.  Saya terlibat dengan Aktiviti Bantu Mula, maka saya pun dengan berbesar hati menunjukkan kemahiran yang ada (walaupun kemahiran tu sikit je).  Saya menjadi pembantu je pada Saudari Azidah (wakil BSMM Cabang Kulim) yang bertanggungjawab memberi tunjuk ajar pada peserta perkhemahan.


Gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang aktiviti dijalankan.








Saya ada rancangan tahunan BSMM bagi ahli kanak-kanak Link (MRC Link) yang ingin dikongsi bersama-sama dengan guru pemimpin BSMM.

Rancangan Tahunan BSMM Tahap 1 Tahun 4

Rancangan Tahunan BSMM Tahap 2 Tahun 5

Rancangan Tahunan BSMM Tahap 3 Tahun 6


Moga bertemu lagi pada coretan yang lain pula dan moga saya tidak mengambil masa yang teramat lama untuk itu.

Saturday, April 10, 2010

Program Motivasi & Teknik Menjawab Soalan di Pendang Lake Resort

 
Pada 1 & 2 April 2010, sekolah telah menjalankan satu program untuk murid-murid tahun 6.  Oleh kerana murid yang terlibat adalah murid dari kelas yang saya mengajar, maka saya pun bermalamlah bersama murid-murid.



  
Kalau peringkat dalaman saya yang memberikan teknik-teknik menjawab soalan.  Peringkat luaran pula, ceramah disampaikan oleh JU Sains Negeri Kedah, Guru Sumber/Pakar Sains dan banyak lagi, pendek kata seorang guru yang berpengalaman, Encik Wan Mohd Saberi bin Wan Mahmud.  Terima kasih yang tak terhingga dari semua warga SKLJ kerana telah mendapat ilmu yang banyak, panduan dan tip-tip yang berguna.






 Pada 3 April 2010 pula sebagai jurulatih bola jaring SKLJ, sekolah terlibat dengan Kejohanan Bola Jaring Peringkat PKG Padang Serai.  Alhamdulillah dapat juga tempat ketiga. Minggu ke 13 persekolahan ni pula, saya guru bertugas mingguan. Letih, penat tapi demi tugas....Gambar Pasukan Bola Jaring SKLJ (Ihsan dari Tn Hj Termizi)







Hari ni, 10 April 2010 (Sabtu) saya terlibat dengan Mesyuarat Agung Kali ke 21 BSMM Cabang Kulim Bandar Baharu kerana telah terpilih menjadi salah seorang AJK Induk Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Kulim Bandar Baharu bagi sesi 2010/2011.



"Alhamdulillah, walaupun sibuk tapi aku masih sempat meluangkan masa berkualiti bersama-sama keluarga tercinta"


Friday, July 10, 2009

Aktifkan diri anda

Aktiviti kokurikulum di sekolah dapat meningkatkan keyakinan diri, melatih diri menjadi seorang yang mahir berkomunikasi seterusnya dapat menajamkan minda. Cabaran ini saya ambil dengan mengadakan aktiviti memanggang dengan menggunakan arang bersama-sama ahli PBSM SKLJ. Maklumlah guru penasihat PBSM, kena perah otak sikit nak bagi semua ahli rasa seronok dan teruja untuk berpesatuan.

Perancangan telah dibuat dengan rapi tapi bila tiba hari yang ditunggu-tunggu, hujan renyai-renyai. Panggang tetap panggang, cuma ada yang dapat makan cepat dan ada yang masih terkial-kial menghidupkan bara. Inilah yang dikatakan cabaran.

Gambar-gambar yang diambil sewaktu aktiviti dijalankan. Kenangan manis terutama bagi murid tahun 6.













Blog Widget by LinkWithin

E-kad & Award dari teman

Salam Ramadhan
AlongArman