Pages

Wednesday, September 14, 2011

Jiwa Merdeka

Sempena bulan kemerdekaan sekolah telah mengadakan beberapa pertandingan.  Antaranya pertandingan kelas patriotik.  Maka berkobar-kobarlah anak-anak muridku dalam menghias kelas mereka.  Seronok rasa hati melihat semangat yang ditunjukkan.  Moga ianya bukan sekadar pada zahirnya sahaja tapi membawa pengertian yang lebih mendalam.



Saya dengan semangat yang berkobar-kobar telah menghasilkan sebuah sajak untuk diperdengarkan kepada seluruh warga sekolah pada perhimpunan pagi.

Aku Bangga Menjadi Anak Malaysia

Kini...
Tiada lagi tangisan insan terluka,
Batin sengsara berkorban jiwa...
pertahankan negara,
Daripada penjajah durjana.

54 tahun dahulu...
Stadium Merdeka menjadi saksi,
Negaraku merdeka,
Rakyatku tidak lagi tersiksa,
Menangis gembira menyulam cahaya.

Aku bangga menjadi anak Malaysia,
Negaraku cemerlang,
Rakyatku terbilang,
Serata dunia nama Malaysia gemilang.

Kini 54 tahun berlalu...
Tiada lagi penjajahan,
Tiada lagi penderitaan,
Burung berterbangan bebas berkicauan,
Menjadi tanda negaraku aman,
Menuju mercu kejayaan.

Aku bangga menjadi anak Malaysia,
Maju berteknologi,
Melangkah ke arah globalisasi,
Namamu Malaysia sentiasa dijulang tinggi,
Bangganya diriku di dalam hati.

Aku bangga menjadi anak Malaysia,
Ku genggam erat amanah pejuang negara,
Pertahankan kemerdekaan dari anasir durjana,
Meneruskan kemajuan disebalik manik kemerdekaan,
Sematkan semangat jiwa merdeka,
kerana yang pastinya,
Aku bangga menjadi anak Malaysia.


"Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada"

1 comment:

Nazeri Harun said...

Nak kata selamat menyambut hari kemerdekaan, dah lama berlalu.. nak kata selamat menyambut hari Malaysia pun dah lepas... hanya nak mengucapkan selamat maju jaya kpd cikgu dan anak-anak murid cikgu..

Blog Widget by LinkWithin

E-kad & Award dari teman

Salam Ramadhan
AlongArman