Pages

Wednesday, August 12, 2009

Si Kitol Moden



Merujuk kepada gambar ihsan di atas, pasti umum telah maklum tentang perkelahian dan pertarungan antara dua pahlawan Melayu Melaka pada zaman kegemilangan Kesultanan Melaka lebih lima ratus tahun yang lalu. Puncanya bukan kerana prinsip atau siapa yang benar tetapi.....oleh perasaan hasad dengki orang ketiga.


Saya sebenarnya ingin menonjolkan watak seorang antagonis di dalam Sejarah Melayu iaitu Si Kitol. Watak seorang petualang yang mempunyai sikap talam dua muka. Seorang yang di samakan dengan seekor sesumpah yang boleh bertukar warna kulit mengikut keadaan setempat. Seorang yang benar-benar jahat dan busuk hati. Kelebihan yang ada dalam dirinya adalah kebolehan dan kemahiran mengampu orang atasan tetapi dengan cara memijak kepala orang lain.


Si Kitol akan mengadu domba iaitu dengan mengadu kepada orang tertentu apa yang orang lain cakapkan mengenai orang itu. Begitulah keadaannya bila dia berjumpa orang lain dan akan mengadu tentang apa yang dicakapkan oleh si fulan kepada orang itu. Bagi meyakinkan cerita, maka Si Kitol akan memainkan peranan dengan menokok tambah cerita yang tidak benar.


AWAS! Si Kitol berada di mana-mana. Masih ramai di antara kita yang masih mengamalkan sikap dan nilai-nilai diri yang ada pada Si Kitol. Berhati-hatilah dengan Si Kitol Moden....fikirkanlah.


5 comments:

ARZAMAN SULAIMAN said...

Kita hairan! Orang melayunya majoriti beragama Islam dan Islam amat melarang umatnya berlaku seperti si kitol tapi dalam masyarakat melayu islam inilah berlambaknya sikitol. Kenapa jadi macam tu?

NahDaTuLIzaH said...

Erk?
X bape paham la sis...dulu sastera x abis blaja...huhuhu..
Yg izah paham, pasal org yg talam dua muka..memang byk skang ni..especially kat tmpt keje..mmg rase nak hempok je org2 cenggini..huh

sis iza said...

Si Kitol Moden ni berada di mana2, di tempat kerja, kawasan kejiranan, masyarakat setempat. Tak taulah kenape yek ada orang mcm si kitol ni. Penting diri sendiri agaknya.

DLORIIFAH ARTICEL ARTICEL said...

hi mantaap blognya tak pasang juga bannernya ditempatku pak

Anonymous said...

Dulu lagi si kitol dah ade... Skrg ni dah ade kat sistem pemerintahan dan kat memaner..termasuk la dikalangan orang yang kita kenal. Skali pakej dgn Mendeliar. Sila google, anda semua akan jumpa cerita lanjut. Tapi byk versi cerita yang ada..namun pokok utamanya masih sama.

Pada saya orang yang berkarektor seperti si kitol tu perlu diawasi secara diam2.Si kitol ni suke membodek. Si kitol zaman sekarang ni mungkin ade beberapa peringkat. Mungkin lagi terok dari zaman kesultanan melayu Melaka atau hanya secebis dari kitol yang asal.



Ahmad radio man

Blog Widget by LinkWithin

E-kad & Award dari teman

Salam Ramadhan
AlongArman