Pages

Monday, February 8, 2010

Optimistik dan bukan Pesimistik

 

Sikap yang optimis adalah faktor penting untuk mencapai kejayaan.

Seseorang yang optimistik ialah orang yang sentiasa mahu melihat sesuatu masalah dengan jangkaan atau harapan baik, dengan erti kata lain sentiasa melihat segala hal daripada sudut kebaikannya.

Individu-individu yang mempunyai estim tinggi mempunyai sikap optimis, manakala mereka yang berestim rendah mempunyai sikap pesimistik.

Seseorang yang bersikap pesimistik sentiasa bersikap atau berpandangan mudah putus harap, segera merasa kecewa atau hilang kepercayaan terhadap sesuatu.

Estim mempunyai kaitan yang rapat dengan kejayaan.

Oleh itu tugas guru ialah menjadi pendorong iaitu mengasuh murid-murid supaya mempunyai sikap optimis dalam kehidupan dan seterusnya dapat membina estim yang tinggi

"Bersikap Optimis di dalam mendidik anak lebih-lebih lagi Nuqman"


9 comments:

ahmad humairi said...

salam,
Apa khabarnya Nuqman?
Nuqman pun optimis yang bahawa ibubapanya memang sabar melayani kerenahnya...

Unknown said...

Salam Iza. Sikap optimis mengeluarkan aura positif. Tetapi jika terlalu optimis, lambakan aura positif boleh memudarat hati yang mungkin dilanda kecewa jika hasrat tidak dicapai. Harap Iza terus optimis dalam tugas dan kekal optimis mendidik Nuqman...

ustaz eds said...

salam sis
sikap optimis dalam mendidik sangat dituntut bagi mengelakkan kita cepat berasa berputus asa dan lemah semangat...moga sikap ini akan terus subur dalam diri sis terutama dalam melayani insan teristimewa anugerah ilahi bernama Nuqman...insayAllah

insan pendidik said...

salam,

sikap optimistik yang positif spt ini la yg dapat memberi ketabahan dan keazaman untuk mengharung hari-hari yang mendatang...yang penting jangan putus asa.

Araz said...

setuju ngan Mybabah, Ustaz Eds dan IP

izakhairi said...

Cikgu Myri,
Nuqman baik-baik je...sentiasa menguji sama ada kedua ibu bapanya optimis ke tak...



Mybabah,
Insyaallah, doakan saya ya...semoga terus tabah



Ustz Eds,
atas dorongan dan kata-kata nasihat ustaz, sis akan terus berjuang untuk menjadi insan yang lebih optimis...



Insan pendidik,
saya boleh!...cuba untuk tidak mudah berputus asa



Dr.Araz,
saya pun setuju gak...

Wansteddy Tales said...

salam cikgu, terpanggil membuat entry berkenaan optimistik. jemputlah ke laman blog saya. entry cikgu saya serta sekali utk tatapan umum. semoga ia dpt beri perspektif baru pada kalangan blogger.

http://wansteddy.blogspot.com/2011/01/aku-perlu-jadi-optimistik.html

Azrina Jaafar said...

Terima kasih di atas penerangan tu.. maka fahamlah sy akhirnya.. ��

Unknown said...

Pemimpin perlu bersikap optimistik selalu

Blog Widget by LinkWithin

E-kad & Award dari teman

Salam Ramadhan
AlongArman