Pages

Thursday, December 3, 2009

Tingkatkan Profesionalisme Guru Setara Taraf Global



Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan dokumen Standard Guru Malaysia (SGM), sudah semestinyalah dokumen SGM ini untuk meningkatkan lagi tahap profesionalisme guru-guru. Kita sebagai guru sememangnya patut menyokong usaha ini dan merialisasikannya supaya sistem pendidikan negara setanding dengan piawaian global. Sokongan penuh dari semua guru adalah penting di dalam melahirkan modal insan minda kelas pertama seperti mana yang kita inginkan.


Berdasarkan dokumen SGM semua guru mesti memiliki tiga aspek amalan nilai:



1. Profesionalisme keguruan

Amalan nilai profesionalisme keguruan meliputi tiga domain utama, iaitu diri merujuk kepada pegangan nilai diri guru sedia ada seperti amanah, ikhlas, adil, daya saing dan tahan yang tinggi, cekap dan patut dikembangkan agar membolehkan seorang guru itu memberikan sumbangan yang jauh lebih berkesan kepada profesion keguruan dan dapat menjadi seorang guru yang ampuh dan utuh di peringkat global.


Domain kedua ialah profesian yang merujuk kepada pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus, seperti berketerampilan, integriti, kerja sepasukan dan proaktif.


Domain ketiga berkaitan aspek sosial iaitu seorang guru adalah agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat. Ianya merangkumi semangat bermasyarakat, mempunyai semangat pratiotisme dan hadir di dalam diri sifat kecintaan terhadap alam sekitar.




2. Pengetahuan serta kemahiran pengajaran




Aspek ini menuntut seorang guru memiliki dan mempunyai penguasaan ilmu yang mantap agar dapat meningkatkan profesionalisme keguruan. Guru perlu sentiasa melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta lebih kreatif dan inovatif. Ini akan dapat mengubah amalan pengajaran guru supaya dapat menambah baik pengajaran melalui kajian tindakan yang dijalankan. Guru perlu lebih terdedah dengan konsep kajian tindakan supaya sentiasa peka dengan kekuatan dan kelemahan diri di dalam bilik darjah. Guru perlu mengembangkan potensi murid secara menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dahulunya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN) . Akhir sekali guru mesti mempunyai pengetahuan yang luas supaya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih bersifat kondusif dan di dalam suasana yang lebih interaktif yang mempunyai pendekatan berpusatkan murid dan bahan.


3. Pembelajaran yang tinggi




Aspek ketiga memfokuskan kepada kebolehan guru membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian berhubung pengajaran dan pembelajaran akademik dan kokurikulum. Guru perlu lebih peka menilai kecerdasan anak didik mereka dan bukannya tertumpu pada kecerdasan tertentu sahaja. Guru perlu mahir mengurus bilik darjah yang membabitkan kemahiran pengurusan hubungan kemanusian, masa, ruang, dan sumber untuk mencapai suasana pembelajaran yang jauh lebih berkesan.






Semoga dengan dokumen SGM ini para guru di Malaysia dapat menyahut cabaran dan menjadikan diri seorang pendidik berkualiti dan bertaraf dunia. Insyaallah.







"Kita berusaha sedaya upaya yang mungkin, semoga segala usaha itu dihargai. Harapan agar beban tugas guru berkaitan tugas-tugas perkeranian dapat diringankan supaya SGM bukanlah satu impian semata-mata"



4 comments:

ahmad humairi said...

salam,

saya baruje balik dari mendengar taklimat perkembangan baru pendidikan 2010-2012 untuk pengetua dan guru besar negeri perak tadi untuk daerah manjung, perak tengah, hilir perak dan batang padang di teluk intan tadi...huh berkobar-kobar gak nengonye...antaranya termasuklah sgm tuh...

izakhairi said...

salam cikgu humairi,

moga ianya dapat dijayakan sebab saya memang berkobar-kobar...tapi apa yang penting perlu pemantauan yang jitu dengan seikhlas-ikhlasnya dan sudah tentulah dari pengetua dan guru besar...janganlah biarkan cikgu-cikgu yang kecik macam saya ni tersepit ditengah-tengah...sedih

Precious said...

Bravo utk guru2 Malaysia.

izakhairi said...

Precious,

terima kasih, semoga guru2 Malaysia lebih bersemangat...

Blog Widget by LinkWithin

E-kad & Award dari teman

Salam Ramadhan
AlongArman