Pages

Saturday, December 5, 2009

Kenduri...Kenduri...Kenduri...


Musim cuti telah tersedia,
kenduri kahwin di sini sana,
undangan majlis penuh bicara,
tanpa seloka tawar rasanya.


Kad kahwin berbagai rupa,
cantik hiasan tidak terhingga,
ada yang wangi harumannya,
menarik undangan untuk ke sana.


Adat Melayu bertakhta di hati,
sekapur sirih menambah seri,
kehadiran undangan memang dinanti,
bersama merai raja sehari.


Beras kunyit di taburi,
Air mawar direnjis wangi,
berkembang kasih menabur budi,
undangan diterima setulus hati.





"Lagi lama hidup bersama, semakin faham isi hatinya, semakin mendalam rasa cinta"



9 comments:

mantan said...

Siap mempelai memakai celak
Sarat dandan dilupakan tidak
Setiap undangan usah ditolak
Berat badan pun naik mendadak

Dr.Araz said...

Musim cuti ni kenduri jela cikgu... he..he..

izakhairi said...

mantan,

undangan semua mesti diterima,
badan naik eee seram rasanya,
mula mangajar naik turun tangga,
moga 'slim' seperti sedia kala.



Dr.Araz,

betul tu...
semua kenduri kena pergi,
nanti tuan rumah berasa hati,
masa depan kita pulak kenduri,
kena boikot merana diri...

ahmad humairi said...

dah x ingat...pantun tu dah ilang,
ni yg laen plak :

undangan majlis penuh bicara,
tanpa seloka tawar rasanya,
jangan lupa sanak saudara,
bersenda gurau seadanya.

ada yang wangi harumannya,
menarik undangan untuk ke sana,
banyak lagi yang menariknya,
tengok bunga dah cukup pesona.

kehadiran undangan memang dinanti,
bersama merai raja sehari,
sebenonya kenduri sape tak pasti,
mungkin ada kaitan diri sendiri.

berkembang kasih menabur budi,
undangan diterima setulus hati,
kalau dekat, pergi memang jadi,
kalau tak datang janganlah dinanti.

secangkir madu merah said...

hujung2 tahun ni berebut2 orang buat kenduri kahwin dan rezeki yg datang bergolek2 jangan ditolak...tiap2 minggu makan nasi minyak/beriani...
jaga kesihatan...

insan pendidik said...

salam izakhairi,

wah ramainya pemantun hebat2 kat sini. Tp IP tak pandai berpantun. Biase la dh ujung tahun ni. Banyak pula walimatulurusnya. Moga semuanya berbahagia sampai ke anak cucu cicit...

izakhairi said...

cikgu myri,

otak beku idea tak datang,
pantun nak karang asyik hilang,
.................
hua...hua...hua...
saya ngaku kalah,
tapi kali ni je...



SMM,
rezeki yang datang menggolek memang payah nak tolak...
moga di usia yang kian meningkat ni badan masih lagi boleh menerima nasi minyak + nasi beriani...(pantang tengok sebenarnya)



IP,
tak berpantun pun tak pa...
IP sudi ke mari dah rasa seronok tak terhingga...makasih ya...sayang IP sudi ke sini

izakhairi said...

cikgu myri,

otak beku idea tak datang,
pantun nak karang asyik hilang,
.................
hua...hua...hua...
saya ngaku kalah,
tapi kali ni je...



SMM,
rezeki yang datang menggolek memang payah nak tolak...
moga di usia yang kian meningkat ni badan masih lagi boleh menerima nasi minyak + nasi beriani...(pantang tengok sebenarnya)



IP,
tak berpantun pun tak pa...
IP sudi ke mari dah rasa seronok tak terhingga...makasih ya...sayang IP sudi ke sini

lin said...

視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,色情

Blog Widget by LinkWithin

E-kad & Award dari teman

Salam Ramadhan
AlongArman