Pages

Tuesday, December 29, 2009

Aku Si Guru Kecil



Aku sedih...
aku pilu...
aku pasrah...
aku terima semuanya, segalanya
tapi hatiku tertanya-tanya
adakah pemberatan tanggungjawab pakat sama rasa
aku lagi...lagi...lagi...
bukan dia, awak, kamu
tapi aku
aku merintih
apakan daya
aku hanya si guru kecil


"sekadar bicara rasa"


26 comments:

Brahim Nyior said...

Salam Cikgu,

Kecil atau tidak, bukan dinilai melalui saiz seseorang.

Yang penting, sumbangan kita terhadap pembinaan bangsa dan tamadun.

Jangan terlalu merendah diri, nanti dipijak orang.

Cikgu mungkin kecil, tapi peranan cikgu besar..

Unknown said...

wah!! sajak akak ni mmg meberi maksud yang bergitu mendalam!!! tp sajak ni mcm akak merendah diri jer... la.. x baik 2 kak walaupun akak menganggap akak kecil tapi kak sumbangan akak kpd murid2 dorg x anggap 2 kecil sgt besar 2 kak....bg sy tanpa guru kami smua x xdpt membaca mahupun megira! apa2pun kak sy tetap support akaK! hidup CIKGU KHAIRIZA!!!! yakin boleh kak!!!!!

ahmad humairi said...

kecil
ataupun besar...
kita boleh menolak...
bersuaralah,
jangan memendamkannya.

...dah bersuara pun dlm blog nie...
rasa lega sket kannnnn??

ustaz eds said...

salam sis, buatlah apa yang terdaya, kekadang, pihak sana melihat kita ini pihak yang boleh diharap dan boleh buat kerja...sbb itulah diberinya berbagai jawatan dan kerja...mengeluh tidak menyelesaikan masalah...bak kata cikgu Myri..bersuaralah jika merasa kita tak terpikul dek tugas yang maha berat.
selamat kembali ke arena ini sis...lamanya cuti

Nazeri Harun said...

Biar kita kecil di mata mereka yang di atas-atas tapi anak didik tahu betapa "besar"nya kita di sisi mereka. Seperkara lagi, Tuhan ada.

secangkir madu merah said...

biar hanya guru kecil
tetapi budimu mendidik anakbangsa
tiada ukurannya...

Guru said...

menunjukkan khairiza guru terbaik

insan pendidik said...

walaupun rasa sikit terbeban tp itu menunjukkan kepercayaan orang terhadap kita...

mantan said...

Kalau nak jdi guru besar, kena makan manyak-banyak...

Apapun, selamat bertugas...

Araz said...

Setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya...
Tabahkan diri dan lakukan yang terbaik... Saya pasti anda seorang yang hebat.

en_me said...

selamat tahun baru cikgu khairiza ittewww.. salam kenall dr me dikejauhannns..

Cikgu Malaysia said...

Sabarlah...semoga mendapat balasan setimpal nanti...ALLAH Maha Kaya...
Hati kecil menangis siapa tahu...serah kepadaNYA..

izakhairi said...

Cikgu Brahim,
terima kasih atas nasihat....
Insyaallah lepas ini saya akan lebih berjiwa besar...

izakhairi said...

Adik Nick,
Yakin boleh!!!!
terasa bersemangat selepas mendapat 'support' dari adik...

izakhairi said...

cikgu myri,
betui tu cikgu,
bila dah bersuara terasa lega....
bebanan dikurangkan sikit...alhamdulillah
indahnya menjadi orang yang asertif dan bukan pasif dan tidak juga agresif

izakhairi said...

ustz eds,
sis akan cuba menjalankan semua tanggungjawab yang diberi setakat yang termampu....
dah pun bersuara, lega sikit la ni...

izakhairi said...

cikgu Nazeri,
sentiasa ingatkan diri bahawa Allah sentiasa bersama kita....
kepadaNya aku sentiasa berdoa semoga tabahkan diriku ini...
terima kasih cikgu atas nasihat tersebut, ianya akan sentiasa saya semat dalam hati

izakhairi said...

SMM,
bicaramu indah sekali...terasa syahdu bila membacanya...terima kasih sahabat

izakhairi said...

a kl citizen,
masih cuba menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik...

izakhairi said...

IP,
kepercayaan orang jangan dihampakan....huhuhu penat
cuba setakat yang termampu

izakhairi said...

mantan,
dah makan banyak-banyak tapi tak jadi-jadi lagi guru besar...
tolonglah mantan beri tunjuk ajar...

izakhairi said...

Dr.Araz,
terasa lapang dada dan damai jiwa bila baca coretan Dr.Araz...
berazam ingin menjadi insan yang hebat...

izakhairi said...

en_me,
selamat tahun baru 2010 juga buat en_me ittewww...moga kita boleh menjadi sahabat maya yang akrab dikejauhannnssss

izakhairi said...

cikgu malaysia,
betul CM...hati kecil menangis tiada siapa yang tahu...
pujuk-pujuk hati nak sedapkan diri...sabar je lah

MUS said...

tak ramai pemimpin,
ramai nak jadi ketua,
boleh mengarah,
tak bijak mengurus,
...faham tak ni,
jadilah si cerdik,
bolehlah makan si pandai,
si pipit pun,
boleh makan si enggang,
orang besar boleh diterjah,
runtuh tiang tumbanglah rumah,
...tak faham juga,
agi idup agi ngelaban,
...bukan ngelabah tau!!!

Anonymous said...

Getting a topaz ring as links london jewellery jewelry gifts from better-half is no lower than an awesome joy. discount links of london bracelets Many ladies do admire such jewelry sparkling through charms links of london their fingers. If you may get to own one as gift, links of london silver watches you will definitely appreciate such beauty and elegance for high class cheap links of london necklaces type of jewelry. Those who know what the actual worth of gemstones will links london pendants certainly love to have one added into their collection.

Blog Widget by LinkWithin

E-kad & Award dari teman

Salam Ramadhan
AlongArman