Pages

Wednesday, October 28, 2009

Maaf Ku Pinta

Aku sentiasa memaafkanmu kerana kaulah segala-galanya bagi diriku.

Saat terpandang sahaja wajahmu, aku juga ingin memohon kemaafan andai kata tutur bicaraku telah menyakiti hatimu.




Teringat kata-kata bonda, "kebenaran adalah sesuatu yang pahit untuk ditelan." Ungkapan itu terngiang-ngiang di telinga. Lantas terlontarlah idea untuk mengutarakan isu memohon maaf.



Kesilapan, keterlanjuran kata...ah, aku bukan sengaja!. Kenapa aku perlu meminta maaf. Aku tak mau merendahkan diri memohon maaf kerana tiada siapa yang boleh memaksa. Kalau aku nak minta maaf sekalipun mestilah dengan kerelaan hati. Kenapa perlu peningkan kepala, macam orang bodoh. Mengaku silap dan memohon maaf, kan menjatuhkan maruah aku.


Janganlah kita angkuh. Selagi kita dinamakan manusia, kita pasti melakukan kesilapan kerana tiada siapa yang sempurna melainkan Allah. Bersihkan hati, sucikan jiwa dan pintalah kemaafan kerana ianya akan menjadikan kita lebih tenang.


Seorang suami pernah bersalah kepada isterinya dan begitu juga sebaliknya. Anak-anak pernah membuat salah terhadap kedua orang tuanya. Ibu bapa juga pernah bersalah pada anak-anak. Seorang teman bersalah pada sahabatnya. Anak murid melakukan kesalahan terhadap gurunya. Seorang guru pernah juga bersalah pada anak muridnya. Kesilapan dan kesalahan berlaku di mana-mana tanpa mengira usia. Ambillah langkah yang tepat, pohonlah kemaafan semoga hidup sentiasa di dalam keredhaanNya.


Bagaimana hendak memohon maaf:



  1. pohonlah dengan kadar yang segera, jangan bertangguh dan mengambil masa yang lama untuk berfikir.


  2. gunalah pelbagai cara seperti teknik bukan lisan contoh sentuhan, pelukan atau dengan nota ringkas seperti kad ucapan.


  3. perlukan komitmen yang bersungguh-sungguh iaitu sanggup korbankan keegoan dan kepentingan diri sendiri.

"Semoga Kita Sentiasa Menjadi Insan Yang Pemaaf "


3 comments:

ahmad humairi said...

salam,

maaf - mudah diucapkan
tapi sukar dimengertikan...

Abgbent said...

Minta maaf Cikguku Yang Tegas. Manalah tahu, anak murid ini melakukan apa2 kesilapan ker... Lagipun, selalu jer ponteng mengklik sesuatu kat dlm blog ni :)

Tapi itu tidak bermaksud yang anak murid ni dah lupa ngan Cikguku Yang Tegas ni. OK...

Nanti lain kali anak murid berkunjung lagi. sesambil mgklik apa2 yang sepatutnya diklik untuk dipelajari.

Sekali lagi, minta maaf Cikguku Yang Tegas>

izakhairi said...

Cikgu Humairi...benar seperti apa yang dikata.
Oleh itu pohonlah kemaafan dengan penuh keikhlasan kerana tanpa keikhlasan, kemaafan tidak bermakna kerana ianya hanyalah mainan bibir semata-mata.

Abg Bent...tiada kemaafan yang perlu dipinta kerana sedari dulu tidak pernah cikgu menyimpan perasaan marah padamu kerana Abg Bent pandai berbicara.

Blog Widget by LinkWithin

E-kad & Award dari teman

Salam Ramadhan
AlongArman