Pages

Sunday, November 1, 2009

Mati Itu Pasti




SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN



Kelu lidah, hilang kata-kata apabila pada hari Sabtu, 31 Oktober 2009 lebih kurang 8.41 pagi, suami mendapat panggilan, berita kematian adik iparnya. Terkejut dengan perkhabaran itu, kerana pada penglihatan kasar arwah kelihatan sihat. Usia yang muda bukanlah bererti kematian masih jauh untuk menggapai kita kerana kematian itu pasti berlaku.



Saat ini hati tertanya-tanya, jika ditakdirkan aku akan pergi untuk selama-lamanya, adakah aku sudah cukup bersedia dengan amalanku selama ini. Adakah aku terlalu sayangkan dunia yang sementara untuk menuju ke perhentian terakhir yang kekal.



Kehidupan dunia boleh diibaratkan sebagai kebun yang jika dijaga dan dibaja hasil tanaman dengan sebaik mungkin maka berbahagialah kita di syurga kelak, tetapi jika sebaliknya maka terjerumuslah kita ke neraka.



"Ku bermohon kepadaMu Ya Allah agar harta dunia tidak akan melalaikan diriku daripada mengingatiMu"




6 comments:

Brilliant Marjan@اداويه said...

Salam kak..
Innalillahiwainnailahirojiun...
takziah ye tuk akk sekelurga..
manusia xkn selama-lamanya kekal..bila2 masa kita akn dijemput pergi..
Allah lebih sygkan dia..Moga ditempatkn dikalangan para solehin//amin..

maiyah said...

salam kenal.. mmg byk perkara yg kita tak jangka bleh berlaku, apapun itulah ketentuan Illahi

ABDUL HALIM B MD NOH said...

mati tandanya nafas terhenti..
amalan yang dibawa pergi..
belum tentu dinilai lagi..
kekadang dibuang ketepi..

ingat sebelum mati

datanglah ke blog saya jika sudi..

ahmad humairi said...

salam takziah dari saya,

.....bumi yang manakah,
yang tak pernah basah,
bila hujan mencurah...

izakhairi said...

Adik Marjan,
Betul dik, semua manusia tidak akan kekal hidup di dunia, mati pasti menjemput kita...


Maiyah,
Hanya Allah saje yang maha mengetahui segala-galanya...


Cikgu Abd Halim,
mati itu memang sudah pasti,
tiada siapa yang boleh lari,
amalan yang banyak cuba dicari,
moga Allah sentiasa memberkati.

dah lawat blog cikgu, saya nak tumpang belajar dari yang berpengalaman...


Cikgu Humairi,
...moga kita sentiasa sedari,
kesalahan diri sendiri...

NICK IRFAN said...

Innalillahiwainnailahirojiun...
takziah utk akak sekeluarga... smoga akak dn family tabah menghadapi dugaan... sy doakan smoga adik ipar akak ditempatkan dlm golangan2 org yg beriman.... amin yg robaal alamin..

Blog Widget by LinkWithin

E-kad & Award dari teman

Salam Ramadhan
AlongArman