Pages

Friday, October 23, 2009

Penilaian Prestasi




Menghampiri ke penghujung tahun, seperti biasa sebagai seorang penjawat awam, kita akan dinilai oleh Ketua Jabatan iaitu pegawai penilai. Membincangkan isu markah prestasi bukanlah bererti cuba untuk memperlekehkan atau mempersendakan sistem yang ada atau pegawai yang bertanggungjawab di dalam sistem penilaian ini. Ianya hanyalah sekadar buah fikiran daripada penulis semata-mata.


Baru-baru ini iaitu pada 7 Oktober 2009 satu berita di dalam Utusan Malaysia, seorang guru di sebuah sekolah menengah di Kuantan telah memfailkan saman terhadap pengetuanya hanya kerana markah prestasi. Guru tersebut mendakwa bahawa beliau tidak diberi peluang untuk membela diri kerana tidak pernah dipanggil dalam sebarang siasatan atau diberi peluang menjawab laporan yang dibuat oleh ketuanya.




Kenapa perkara sedemikian boleh berlaku. Adakah kerana ketidakpuasan hati atau ketidakadilan si penilai.

Pegawai penilai telah diberi beberapa garis panduan yang tertentu supaya persoalan pilih kasih tidak akan timbul. Rujuk pada laman web http://www.jpa.gov.my/soalan-lazim/sistem-saraan-malaysia/siri-1/ :

Bagaimanakah caranya Penilaian Prestasi dapat dilaksanakan secara lebih objektif, adil dan telus:

1. untuk menentukan penilaian prestasi Anggota Yang Dinilai (PYD) dibuat dengan objektif, adil dan telus, proses penilaian hendaklah dibuat secara berterusan sepanjang tempoh tahun yang dinilai. Anggota penilai boleh melaksanakan melalui kaedah pemantauan kerja, bimbingan dan khidmat nasihat kepada PYD. Melalui cara ini Anggota Penilai dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan PYD bagi tujuan penambahbaikan prestasi anggota berkenaan.

2. Penilaian prestasi hendaklah dinilai berasaskan pencapaian hasil kerja sebenar PYD berbanding dengan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) melalui kriteria penilaian yang ditetapkan dalam borang LNPT.
3. untuk menentukan ketelusan penilaian, Anggota penilai hendaklah memaklumkan kekuatan dan kelemahan PYD semasa membuat penilaian.


Adalah menjadi tanggungjawab Pegawai Penilai memberitahu markah yang diperolehi dan tidak merahsiakannya dari PYD. Masalah akan timbul jika PYD mendapat markah kurang dari 85 tanpa pengetahuan mereka kerana ianya akan menjejaskan masa depan.


NUTP ada menyatakan setiap guru patut dimaklumkan markah prestasi mereka di hampir setiap Road Show /Seminar mereka.

Buletin NUTP Cawangan Kedah September 2009



Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2009 iaitu berkaitan Pemantapan Pengurusan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam telah menggariskan beberapa kriteria tertentu berkaitan perlunya penglibatan penjawat awam di dalam aktiviti-aktiviti di peringkat kawasan, daerah, negeri, dan kebangsaan. Rujuk http://www.jpa.gov.my/docs/spp/2009/02/spp022009.pdf



Cuma diharapkan peluang untuk melibatkan diri di peringkat yang lebih tinggi akan terbuka luas kepada semua dan bukan hanya kepada calon pilihan yang tertentu sahaja.


Semoga segala usaha yang kita lakukan akan mendapat balasan yang setimpal dan semoga kita tidak mudah kecewa dan putus asa.


"Buka Hati, Buka Minda, Jadilah Insan Yang Cemerlang Dunia dan Akhirat"



3 comments:

ahmad humairi said...

salam,
ramai yang dapat APC 2,3 kali,
mereka memang cemerlang!
cikgu Khairiza dah dapat berapa kali dah?
tahniah!
cikgu memang hebat!!

izakhairi said...

Cikgu Humairi dari gayanya mesti dah dapat APC 3 kali sebab cikgu memang nampak hebat.
Saya? baru dapat sekali tu pun alhamdulillah.

zai said...

Salam Cikgu Iza..

Mudah2an kerjaya guru akan terus dihargai dan sentiasa mendapat tempat dihati masyarakat kerana kerjaya sebagai guru sangatlah bertuah kerana ilmu sentiasa mengalir dan pahala sentiasa bertambah setiap hari dan keringat yg dicurahkan berbaloi apabila melihat anak2 didik semua berjaya dengan cemerlang..

Tahniah buat cikgu walaupun baru sekali dpt APC.

Blog Widget by LinkWithin

E-kad & Award dari teman

Salam Ramadhan
AlongArman