Pages

Saturday, March 27, 2010

Kisah Seorang Pemuda & Pak Kiyai


Kisah ini telah saya baca dan ambil dari blog cempaka biru untuk dikongsi bersama.

Ada seorang pemuda yang lama belajar dan tinggal di luar negara. Satu ketika beliau kembali ke negaranya. Sekembalinya di rumah ia meminta orang tuanya untuk dicarikan seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang dapat menjawab tiga persoalan yang lama menghantui fikirannya. Akhirnya orang tuanya berjaya mendapatkan seorang kiyai yang sudah tua tetapi masih sihat dan sangat warak serta berilmu orangnya.
Pemuda: Assalamualaikum, ayahku telah mempertemukan dengan tuan untuk menyelesaikan masalahku. Izinkan saya bertanya, tuan ini siapa?. Apakah tuan mampu menjawab persoalan yang bakal aku kemukan nanti.
Pak Kiyai: Saya ini seorang hamba Allah. Insya Allah dengan izinNya saya akan cuba menjawab segala persoalan saudara.
Pemuda: Tuan yakin, sedangkan telah ramai profesor dan orang pintar di luar negara yang aku temui gagal menjawabnya.
Pak Kiyai: Insyaalah saya akan cuba setakat kemampuan saya.
Pemuda: Aku ada tiga persoalan untuk ditanya kepada tuan:
  1. Kalau memang Allah itu ada, tunjukkan wujud Allah itu kepadaku.
  2. Apakah yang dinamakan takdir
  3. Kalau syaitan diciptakan daripada api kenapakah ia dimasukkan ke dalam neraka yang juga diperbuat daripada api. Tentu tidak akan menyakitkan syaitan sebab mereka daripada unsur yang sama. Apakah Allah SWT pernah terfikir tentang perkara itu.
Selesai tiga persoalan itu ditanya, tiba-tiba sahaja Pak Kiyai menampar pipi pemuda tersebut dengan kuatnya.
Pemuda: (sambil menahan sakit) Kenapa tuan menampar aku.
Pak Kiyai: Tamparan ini adalah jawapan saya kepada persoalan yang saudara ajukan kepada saya.
Pemuda: Aku sungguh-sungguh tidak mengerti.
Pak Kiyai: Sebentar lagi Insya Allah, saudara akan mengerti.
Pak  Kiyai: Bagaimana rasanya tamparan saya.
Pemuda: Tentu saja aku merasa sakit.
Pak Kiyai: Jadi, saudara percaya sakit itu ada?
Pemuda: Ya, aku percaya.
Pak Kiyai: Tunjukkan kepada saya wujud sakit itu!
Pemuda: Terdiam sambil merenung wajah Pak Kiyai.
Pak Kiyai: Itulah jawapan kepada persoalan saudara yang pertama…kita semua merasakan kewujudan Allah SWT tanpa mampu melihatNya.
Pak Kiyai: Apakah malam tadi saudara bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda: Tidak.
Pak Kiyai: Apakah saudara pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan yang kuat daripada saya hari ini?
Pemuda: Tidak.
Pak Kiyai: Itulah yang dinamakan takdir.
Pak Kiyai: Terbuat daripada apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar saudara?
Pemuda: Kulit.
Pak Kiyai: Terbuat daripada apakah pipi saudara?
Pemuda: Kulit
Pak Kiyai: Maaf, bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Sangat sakit.
Pak Kiyai: Walaupun syaitan dibuat daripada api dan neraka juga daripada api, jika Allah SWT menghendakinya maka neraka akan menjadi tempat yang sangat menyakitkan bagi syaitan.


"Terasa betapa kerdilnya diri ini, tiada apa yang perlu dimegahkan kerana segala-galanya adalah pinjaman belaka....Allah Maha Mengetahui Segala-galanya"

 

8 comments:

a kl citizen said...

menarik kiasan yang digunakan ...

ahmad humairi said...

salam,

subhanalllah, walhamdulillah, walailahaillallah, wallahuakbar....

akan kukongsikan jua kisah ini buat tazkirah anak-anak didikku dan kepada yang sudi mendengarnya..

secangkir madu merah said...

sesuatu yg dijadikan ada buruk dan baiknya....DIA maha Mengetahui segalanya...

izakhairi said...

klcitizen,
kita kekadang tak terfikir kiasan sebegitu....



Cikgu Myri,
yang baik,apa salahnya dikongsi bersama....



SMM,
Allah Maha Mengetahui apa yang kita tak tahu...

ustaz eds said...

salam sis,
kadang2 manusia mengukur ilmu itu pada title PHD dan sebagainya....siapa sangka kiyai yang tua tanpa title itu mampu menjawab persolan itu dengan berkesan sekali.
Ilmu yang barakah ialah apabila sesuatu yang dipelajari diamalkan untuk lebih dengan dengan pencipta...moga cerita ini menginsafkan kita yang serba dhoif ini...

Cikgu Adham said...

salam ziarah..

mantap.. sungguh bermakna

Cikgu Selamat said...

Segala-galanya adalah pinjaman...namun sekarang terlalu ramai manusia yang telah lupa...terlalu megah dengan harta yang dimilki...

lin said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,ut聊天室,情色遊戲,情色a片,情色網

Blog Widget by LinkWithin

E-kad & Award dari teman

Salam Ramadhan
AlongArman