Mula-mula sekali, aku ingin memanjatkan syukur kehadrat illahi kerana telah memberikan aku kekuatan fizikal dan mental di dalam menjalani kehidupan hari ini. Dengan limpah dan kurnianya juga aku telah berjaya menghasilkan modul sendiri untuk eksperimen PEKA yang telah aku guna pakai selama dua tahun dan dikongsi bersama-sama cikgu sains yang lain (Alhamdulillah telah banyak menyenangkan rakan-rakan).
Hari ini segala hasil kerja aku telah dinilai oleh Pentaksir Kawasan. Sebagai Ketua Pentaksir Sekolah, aku telah mengadakan segalanya dengan sebaik mungkin. Apabila diminta senarai 10 murid tahun 6 untuk dibuat penilaian, aku memberi peluang kepada PKw sendiri untuk memilih antara dua kelas yang aku ajar yang mana satu yang menjadi pilihan hati. Bagi aku tiada apa yang perlu aku sorokkan antara murid yang cemerlang atau kurang sedikit kecemerlangannya. Semuanya aku nilai dengan sebaik mungkin. Aku sentiasa memberitahu anak muridku tahap pencapaian mereka dan apa yang perlu mereka lakukan untuk meningkatkan kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif supaya mereka mendapat skor yang terbaik.
Komen yang aku dapat hasil dari pemantauan pelaksanaan PEKA pada hari ini sangat memuaskan iaitu "Evidence lengkap, guna modul sendiri, ada gambar-gambar aktiviti, fail induk lengkap". PKw memberitahuku memang digalakkan menggunakan modul sendiri dan beliau sendiri tidak berkesempatan untuk membuatnya tetapi hanya mengambil dari buku yang telah sedia ada terjual di kedai. 'Terasalah pulak yang aku lebih advance dari PKw' (Jangan riak, tak baik).
Kekadang aku terasa susahnya untuk aku menempatkan diri di daerah yang baru. Visi dan misi aku tinggi melangit tapi tak ada siapa yang nampak hasil kerja aku. Tapi aku tetap bersyukur kerana insan-insan yang nampak pengorbananku ialah anak-anak muridku sendiri (suamiku adalah pendorong nombor satu dan anak-anakku adalah sumber inspirasi).
Mungkin aku ni jenis yang terlalu 'ambitious', salah kah?................Kalau orang lain boleh berjaya dan menjadi 'somebody', aku tak mahu jadi 'nobody' sampai bila-bila.
Build Templates for Blogger.com
15 years ago
No comments:
Post a Comment