Kenapa pentingnya ilmu pertolongan cemas?. Ilmu asas pertolongan cemas sekurang-kurangnya membolehkan kita membantu ahli keluarga sementara menunggu bantuan paramedik tiba atau pun sebelum dihantar ke hospital. Saya ingin berkongsi beberapa teknik yang perlu kita ketahui, jika berlaku kemalangan yang tidak diingini. "Malang Tak Berbau". Ilmu ini saya dapat melalui pembacaan dari akhbar dan buku.
Melecur
Tercedera akibat tumpahan air panas atau sebarang benda yang panas selalunya akan membentuk bengkak atau gelembung air. Jangan dipecahkan tetapi tekap dengan ais atau air sejuk dalam jangkamasa setengah jam pertama untuk kurangkan bengkak dan kemerahan. Meletakkan ubat gigi tidak digalakkan kerana dikhuatiri ada jangkitan kuman.
Benda masuk mata
Mata hendaklah dibasuh melalui air mengalir atau di dalam baldi berisi air, kedipkan mata. Jangan ditiup kerana dikhuatiri akan menyebarkan kuman pada mata.
Renjatan elektrik
Mangsa yang terkena renjatan elektrik tidak boleh disentuh ketika mangsa masih bersambung pada aliran elektrik. Pisahkan mangsa dengan menggunakan sebarang penebat seperti getah atau kayu. Jika mangsa mengalami jantung terhenti beri bantuan CPR.
Tercekik
Jika pasti seseorang mengalami tanda tercekik, cuba menyuruh mangsa batuk untuk keluarkan objek tersebut dan jika gagal lakukan prosedur Heimlich. Genggam sebelah tangan, lilit keliling pinggang mangsa dari belakang dan pegang dengan tangan sebelah lagi. Kedudukan genggaman tangan di bawah tulang rusuk dada. Tekan dengan sentapan untuk guna tekanan udara tolak objek tersekat keluar. Keluarkan objek punca tercekik dan dapatkan rawatan. Mengorek objek yang tersekat akan dikhuatiri menolaknya lebih jauh ke dalam.
Luka
Luka akan menyebabkan pendarahan berlaku. Tekan titik tekanan darah paling hampir untuk kurangkan aliran darah ke tempat luka jika pendarahan teruk berlaku. Gunakan kain yang bersih dan tekankan pada kawasan luka.
Lemas
Mangsa yang lemas perlu diletakkan secara meniarap, kepala ke sisi (kiri atau kanan). Tolak bahagian belakang pinggang ke atas sehingga air dikeluarkan. Jika tiada nadi lakukan CPR setelah pasti air telah dikeluarkan.
Build Templates for Blogger.com
15 years ago
No comments:
Post a Comment