Pages

Showing posts with label Diari hari ini. Show all posts
Showing posts with label Diari hari ini. Show all posts

Friday, December 16, 2016

Percutian ke Luar Negara Satu Yang Mustahil?

Rasanya dah berkurun lamanya tak aktifkan blog ni. Terlalu banyak sawang dan perlu dibersihkan.
Mulai pada saat dan tika ini, ku berazam untuk mengaktifkan diri dan menceriakan kembali blog ini, supaya dapat memberi manafaat pada ramai sahabat, rakan dan taulan. In Sya Allah dengan izinNya jua...

Musim-musim cuti sekolah ni, ramai teman-teman yang bercuti ke luar negara bawa keluarga... upload gambar-gambar yang cantik-cantik dan menarik, share di fb dan instragram...

Apa perasaan kita yang tak berpeluang... cemburu, sedih, dengki, meluat tengok?
Tak perlu mempunyai perasaan yang begitu, sepatutnya kita berterima kasih dapat bersama-sama melihat gambar tempat-tempat yang kita tak pernah pergi dan mana tahu dengan perkongsian tersebut dapat membakar semangat untuk berusaha lebih tekun dan mohon pada Allah supaya kita juga memperolehi rezeki untuk ke sana.
Sekarang masih belum ada rezeki, siapa tahu akan datang...doa pada Allah, itu yang terbaik..

'Ya Allah, Ya Razzak yang Maha Pemberi Rezeki, jika keinginanku ini untuk melancong dan melihat keindahan ciptaanMu adalah yang terbaik buatku, aturkanlah agar aku dan keluargaku dapat bercuti ke sana. Hanya Kaulah yang Maha mengetahui apa yang tidak ku ketahui dan hanya Kaulah yang mengetahui apa yang terbaik untukku.'

Lega rasanya hati ini... tersenyum puas kerana kepada Allah sahaja tempat kita meminta.
Jangan fikir itu adalah mustahil bagi kita untuk bercuti ke luar negara kerana dengan kehendak dan izin dari Nya pasti kita akan sampai jua...

#yakinpadaketentuanNya
#tawakalpadaNya
#rajintekunberusaha
#koreakudatangjua

Saturday, February 6, 2010

Kesabaranku Terkadang Goyah


Nuqman seorang anak yang cukup istimewa buat diriku dan suami.  Semalam Nuqman sekali lagi berjaya meloloskan diri tanpa pengetahuan sesiapa.  Kealpaan yang terkadang mengundang padah.  Setelah aku dan suami beserta anak-anak yang lain mencari di sekitar taman, masjid, Nuqman berjaya dijumpai setelah hampir 40 minit menghilangkan diri.  Nuqman...tiada apa-apa yang berlaku, bahkan dia kelihatan seronok kerana berjaya membuatkan kami sekeluarga risau dan gelisah.  Ah, kesabaranku terkadang goyah dengan kerenahnya. 


"Nuqman kenapa buat mama macam ni"

Thursday, December 17, 2009

Hantar Anak



Hari ini saya dan suami menghantar dua orang anak kami mengikuti Kem Motivasi dan Program Anak Soleh yang bertempat di SMA Tarbiah Diniah, Kulim Kedah.  Sepanjang cuti sekolah, asyik main je, jadi suami mengambil keputusan dua hero kami ni ikut serta kem tersebut supaya pengisian cuti sekolah mereka lebih bermakna.




Sempat lagi 'berposing' selepas pendaftaran dan yang paling terlebih 'posing' tu, yang tak terlibat langsung dengan program.  Nak buat macam mana, bongsulah katakan.



Setelah selesai serba sedikit penerangan dari Ustaz Suhaili, peserta diarahkan ke asrama dan solat asar berjemaah.  Anak-anak tak ada masalah, seronok tapi emaknya yang risau lebih.  Setelah semuanya selesai saya dan suami berangkat pulang.



"Terasa sunyi"


Thursday, July 30, 2009

Yeh! Exam dah habis

Aduh! Lega rasanya hati aku hari ini. Bukan apa...trial exam UPSR peringkat negeri dah habis. Hati aku berdebar kerana bukan saja anak murid ku di SK Lunas Jaya tetapi anak ketiga aku juga ambil UPSR tahun ni di SK Taman Ria.
Sebagai guru dan seorang ibu, aku tetap merasa bimbang dengan pencapaian mereka. Hati ku gusar...harapan ku tinggi mahu melihat mereka semua berjaya. Sekian lama aku berpenat lelah mencurahkan ilmu, memerah otak dan tenaga untuk melihat hasil yang terbaik daripada anak-anak murid ku.
Aku berdoa agar anak-anak murid ku akan memberikan yang terbaik dalam peperiksaan sebenar nanti.

Thursday, July 16, 2009

Semua usaha seakan berbaloi

Aku telah selesai menanda kertas ujian sains tahun 6 kali kedua tepat pukul 2 pagi untuk dua kelas yang aku ajar 6 UKM dan 6 UPM. Rasa berbangga terhadap pencapaian yang ditunjukkan oleh anak-anak didikku. Secara peribadi bagiku ada peningkatan, syukur alhamdulillah.
"Kalian tidak mensia-siakan ilmu yang telah cikgu curahkan dan cikgu bangga dengan kalian. Teruskan kecemerlangan pada Peperiksaan Percubaan UPSR nanti".

'Study Smart'






Wednesday, July 15, 2009

Persiapan Hari Anugerah Cemerlang

Hari ini, aku sampai di sekolah, tepat jam 7.25 pagi. Cepat-cepat aku ke pejabat untuk masukkan kehadiran. Tiba-tiba PK 1 memanggilku untuk menyatakan sesuatu. Hatiku tertanya-tanya, ada masalah apa. Rupa-rupanya aku kena menggantikan tempat ketua bahagian persiapan pentas, kerana beliau ada hal penting yang perlu diselesaikan.

Selaku guru yang baru berpindah ke sekolah ni, aku masih tak begitu mahir tentang budaya kerja di sini. Aku mungkin berpengalaman kerana sepanjang aku bergelar seorang guru, macam-macam jawatan yang dah aku pegang. Yalah setiap sekolah ada budaya kerja yang berbeza. Contoh masa aku mengajar di SMKP, Kuala Perlis, aku kena bahagian 'backdrop'. Masa tu tak guna 'banner' tapi kena buat huruf sendiri, warnakan dan tampal di dewan. Kena ada cara yang betul kalau tidak perkataan yang ditulis tidak terletak betul-betul ditengah-tengah. Memang merumitkan.

Berbalik pada masalah aku hari ni, aku mula menggelabah. Nasib baik aku jenis yang tak tau malu dan suka bertanya (inilah sifat yang aku selalu terapkan dekat semua anak-anak didikku). Aku minta bantuan, idea dan khidmat nasihat dari guru-guru yang telah lama berkhidmat di sekolah ni. Alhamdulillah, kerja aku jadi mudah kerana ramai yang membantu. Anak-anak didik yang kukasihi pun semuanya ringan tulang, pantang disuruh.

Terima kasih tak terhingga pada rakan-rakan yang telah banyak membantu terutamanya Ikhwan, 'you are the best'. Juga tak dilupakan PK HEM dan PK Koku dan ramai lagilah. Akhir sekali pada anak-anak didikku, kalian memang 'sporting'.

"Letih pun tak pa, yang penting seronok"





Blog Widget by LinkWithin

E-kad & Award dari teman

Salam Ramadhan
AlongArman