Hari ini, aku sampai di sekolah, tepat jam 7.25 pagi. Cepat-cepat aku ke pejabat untuk masukkan kehadiran. Tiba-tiba PK 1 memanggilku untuk menyatakan sesuatu. Hatiku tertanya-tanya, ada masalah apa. Rupa-rupanya aku kena menggantikan tempat ketua bahagian persiapan pentas, kerana beliau ada hal penting yang perlu diselesaikan.
Selaku guru yang baru berpindah ke sekolah ni, aku masih tak begitu mahir tentang budaya kerja di sini. Aku mungkin berpengalaman kerana sepanjang aku bergelar seorang guru, macam-macam jawatan yang dah aku pegang. Yalah setiap sekolah ada budaya kerja yang berbeza. Contoh masa aku mengajar di SMKP, Kuala Perlis, aku kena bahagian 'backdrop'. Masa tu tak guna 'banner' tapi kena buat huruf sendiri, warnakan dan tampal di dewan. Kena ada cara yang betul kalau tidak perkataan yang ditulis tidak terletak betul-betul ditengah-tengah. Memang merumitkan.
Berbalik pada masalah aku hari ni, aku mula menggelabah. Nasib baik aku jenis yang tak tau malu dan suka bertanya (inilah sifat yang aku selalu terapkan dekat semua anak-anak didikku). Aku minta bantuan, idea dan khidmat nasihat dari guru-guru yang telah lama berkhidmat di sekolah ni. Alhamdulillah, kerja aku jadi mudah kerana ramai yang membantu. Anak-anak didik yang kukasihi pun semuanya ringan tulang, pantang disuruh.
Terima kasih tak terhingga pada rakan-rakan yang telah banyak membantu terutamanya Ikhwan, 'you are the best'. Juga tak dilupakan PK HEM dan PK Koku dan ramai lagilah. Akhir sekali pada anak-anak didikku, kalian memang 'sporting'.
"Letih pun tak pa, yang penting seronok"
Build Templates for Blogger.com
15 years ago
No comments:
Post a Comment