Pages

Thursday, December 17, 2009

Hantar Anak



Hari ini saya dan suami menghantar dua orang anak kami mengikuti Kem Motivasi dan Program Anak Soleh yang bertempat di SMA Tarbiah Diniah, Kulim Kedah.  Sepanjang cuti sekolah, asyik main je, jadi suami mengambil keputusan dua hero kami ni ikut serta kem tersebut supaya pengisian cuti sekolah mereka lebih bermakna.




Sempat lagi 'berposing' selepas pendaftaran dan yang paling terlebih 'posing' tu, yang tak terlibat langsung dengan program.  Nak buat macam mana, bongsulah katakan.



Setelah selesai serba sedikit penerangan dari Ustaz Suhaili, peserta diarahkan ke asrama dan solat asar berjemaah.  Anak-anak tak ada masalah, seronok tapi emaknya yang risau lebih.  Setelah semuanya selesai saya dan suami berangkat pulang.



"Terasa sunyi"


2 comments:

ustaz eds said...

Alhamdulillah...moga keberkatan tahun baru 1431h ni dirasai oleh sis dan keluarga. Elok benar anak-anak dapat menyertai kem seumpama itu...dapat kita hijrahkan anak kearah yang lebih hampir dengan Allah S W T. Emak sunyi tak apa, ada abahnya...Salam Maal hijrah Sis..Cantiknya rumah baru sis ni...

izakhairi said...

Mudah-mudahan anak-anak akan terdidik menjadi insan yang berguna...
ada abahnya tak sama ustaz...makasih bersempena maal hijrah

Blog Widget by LinkWithin

E-kad & Award dari teman

Salam Ramadhan
AlongArman