
Saturday, October 17, 2009
Club Blog-Blog Bicara Sempoi

Friday, October 16, 2009
Cikgu Oh Cikgu
Wednesday, October 14, 2009
Pertandingan Petanque - Aktiviti Pasca UPSR
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga mengaktifkan blog ini yang sudah sekian lama sepi tanpa sebarang berita. Terasa diri ini terlalu rindu... untuk menulis kembali apa sahaja yang terbuku dihati.
Tepat jam 3.45pm pada 10 September 2009, maka berlabuhlah tirai UPSR 2009. Lega rasanya hati kerana segala usaha dan ilmu yang dicurahkan telah digunakan oleh anak-anak murid & anak sendiri sewaktu menghadapi peperiksaan UPSR. Moga keputusan nanti akan memberikan kepuasan yang berganda kelak....amin. (Kepada murid-murid 6UKM 2009, you are the best...)
Mesyuarat guru tahun 6 diadakan bagi membincangkan aktiviti-aktiviti pasca UPSR, setiap guru dipertanggungjawab bagi setiap aktiviti yang telah dicadangkan. Guru Besar berminat dengan permainan petanque (sebutannya pay tong) apa lagi aku terus bersetuju untuk menjadi penyelaras bagi pertandingan petanque berdasarkan pengalamanku yang pernah bermain 10 tahun yang lalu. Oleh kerana terlupa dengan teknik dan peraturannya aku melayari internet. Seperti pepatah ada mengatakan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Aku memperolehi ilmu yang sangat berguna.
Sebelum tarikh pertandingan dijalankan, aku memberi penerangan kepada semua murid tahun 6 tetapi malangnya ramai yang kurang berminat. Tanpa berputus asa, aku berkempen lagi sehinggalah pada tarikh yang ditetapkan, aku membuat keputusan memaksa semua murid yang terdiri dari 4 kelas tahun 6 untuk beratur dan membentuk pasukan masing-masing (3 sepasukan). Murid perempuan di dalam keadaan yang terpaksa menurut perintahku. Manakala murid lelaki pula memberi alasan hendak bermain bola untuk pertandingan akhir.
Setelah pendedahan diberikan mereka mula bermain dan berlatih sebelum pertandingan dijalankan. Setelah mula bermain, barulah mereka tahu betapa seronoknya permainan petanque tersebut. Itulah yang dikatakan tak kenal maka tak cinta. Pertandingan akhir dijalankan pada 8 Oktober 2009. Aku merasakan segala usahaku sepanjang minggu tersebut tidak sia-sia di dalam memperkenalkan satu permainan yang baru bagi anak-anak muridku.
Gambar-gambar yang diambil oleh Tuan Haji Tarmizi sekitar Pertandingan Separuh Akhir pada 7 Oktober 2009.
Thursday, August 27, 2009
Perhubungan sihat

- diterima atas diri kita seadanya
- boleh ketawa dan menangis bersama-sama
- mendengar dan memahami antara satu sama lain
- berasa selesa, selamat dan disokong.
Award dari sahabat di Indonesia

Tag dari sahabat

25 Ogos 2009 kena tag yang sama dengan adik Nazmi Adam.
Oleh kerana kedua-dua adik akak telah tag perkara yang sama maka akak pun cantumkan menjadi satu...oklah tu.
Bukanlah niat dihati untuk menyimpan lama-lama tapi apakan daya urusan lain yang lebih penting perlu diutamakan. 4 Heroku semuanya demam...dari bangngah hingga baby bongsu. Alhamdulillah sekarang semuanya telah beransur pulih...syukur.
Syarat-syarat:
2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu.. Lebih2? lagi bagus. Kalau nak bagi semua? amat digalakkan..
3) Gambar ini hak ciptaan tidak terpelihara..jadi sebar2knlah ye...
4) Perkara yang wajib anda lakukan? Senang je..lakukan apa yang ditulis dekat gambar diatas.. Kalau tidak nampak? zoom la..
~THE END~
Saturday, August 22, 2009
Keinsafan diri
Sungguh, segala puji bagi Allah swt. Kepada-Nya kita memberikan pujian, meminta pertolongan, dan memohon ampunan. Kepada-Nya pula kita meminta perlindungan dari keburukan diri dan kejahatan amal perbuatan.
Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada seorang pun yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa yang disesatkan-Nya, maka tidak ada seorang pun yang dapat memberikannya petunjuk.
Sesungguhnya saya bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, Dialah Tuhan satu-satunya dan tiada sekutu bagi-Nya. Saya juga bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya.
Semoga di bulan yang penuh keberkatan ini, kita dapat memperbanyakkan amal ibadah kepada-Nya dan mengurangkan aktiviti duniawi. Insyaallah.
Wednesday, August 19, 2009
Macam mimpi dapat award...

Friday, August 14, 2009
Ciri-Ciri Insan Mulia

Penonjolan dua watak yang negatif oleh saya sebelum ini iaitu 'Pak Pandir Moden' dan Si Kitol Moden' bukanlah bererti di dalam dunia ini tiada watak yang positif. Cuma kekadang timbul perasaan geram dan marah apabila kita menghadapi situasi tertentu yang memaksa kita berhadapan dengan orang yang berpewatakkan sedemikian...sabar je! Kan sabar itu separuh daripada iman.
Sebenarnya masih ada lagi insan-insan mulia yang mempunyai ciri-ciri seperti Saidatina Khadijah r.a. isteri Rasulullah S.A.W. Sebagai insan biasa kita tidak mungkin dapat menyamai Saidatina Khadijah r.a. ...namun sebagai hamba Allah swt, kita boleh berusaha memupuk dan menyemai sifat-sifat terpuji itu secara beransur-ansur dengan sabar. Antara sifat-sifat terpuji itu ialah taat perintah Allah, berakhlak mulia, dermawan, sabar, tabah, cekal, penyayang, berwawasan dan berfikiran kreatif. Keikhlasan hati beliau terletak di kedudukan langit tertinggi yang hanya boleh dicapai oleh insan yang melakukan sesuatu hanya kerana Allah swt semata-mata.
Sebenarnya di sebalik perkataan yang tersurat di atas ada perkara lain yang tersirat. Dalam kehidupan seharian kita masih ada lagi insan-insan mulia yang mempunyai hati yang ikhlas dan berakhlak mulia seperti Saidatina Khadijah r.a. Kekadang kita perlu menyemat di dalam hati bahawa keikhlasan untuk menolong orang lain tanpa mengharapkan balasan adalah antara ciri-ciri mulia yang Allah swt kehendaki. Melakukan sesuatu kerana Allah swt semata-mata akan meletakkan kita pada kedudukan langit tertinggi dan balasannya biarlah Alah swt yang menentukannya.
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Adik Seri yang telah sudi membantu saya. Walau pun pertolongan itu nampak kecil tetapi doa yang baik dari seorang hamba kepada hamba yang lain adalah juga suatu keberkatan dan rahmat.
Wednesday, August 12, 2009
Si Kitol Moden

Merujuk kepada gambar ihsan di atas, pasti umum telah maklum tentang perkelahian dan pertarungan antara dua pahlawan Melayu Melaka pada zaman kegemilangan Kesultanan Melaka lebih lima ratus tahun yang lalu. Puncanya bukan kerana prinsip atau siapa yang benar tetapi.....oleh perasaan hasad dengki orang ketiga.
Saya sebenarnya ingin menonjolkan watak seorang antagonis di dalam Sejarah Melayu iaitu Si Kitol. Watak seorang petualang yang mempunyai sikap talam dua muka. Seorang yang di samakan dengan seekor sesumpah yang boleh bertukar warna kulit mengikut keadaan setempat. Seorang yang benar-benar jahat dan busuk hati. Kelebihan yang ada dalam dirinya adalah kebolehan dan kemahiran mengampu orang atasan tetapi dengan cara memijak kepala orang lain.
Si Kitol akan mengadu domba iaitu dengan mengadu kepada orang tertentu apa yang orang lain cakapkan mengenai orang itu. Begitulah keadaannya bila dia berjumpa orang lain dan akan mengadu tentang apa yang dicakapkan oleh si fulan kepada orang itu. Bagi meyakinkan cerita, maka Si Kitol akan memainkan peranan dengan menokok tambah cerita yang tidak benar.
AWAS! Si Kitol berada di mana-mana. Masih ramai di antara kita yang masih mengamalkan sikap dan nilai-nilai diri yang ada pada Si Kitol. Berhati-hatilah dengan Si Kitol Moden....fikirkanlah.
Monday, August 10, 2009
Queen of the night

Bunga Bakawali atau nama saintifiknya epiphyllum oxypetalum adalah spesies yang paling banyak di tanam kerana untuk menanamnya adalah mudah iaitu melalui daunnya sahaja.
Kenapa dikenali juga sebagai queen of the night atau lady of the night....jeng..jeng...jeng. Ni nak cerita.....bakawali mempunyai keanehan yang tersendiri kerana bunganya hanya mula mengembang pada pukul 10 malam dan kembang penuh pada pukul 12 tengah malam. Keindahannya hanya dapat dinikmati pada waktu malam je.
Pokok bakawali tidak menawan dan tidak menarik perhatian pun....tapi bunganya mengancam dari segi bentuk dan aromanya. Biarlah tak lawa pada pandangan orang lain tapi pada pandangan suami tercinta cantik....
Marilah kita tinjau dari khasiat perubatannya yang saya dapat melalui pembacaan.
Dari warnanya yang putih berseri bunga bakawali mempunyai tenaga getaran yang tinggi kerana warna putih merangkumi ketujuh-tujuh aura. Ish dasyat tu. Dari keharumannya yang paling mengancam dan lembut, bunga ini mujarab untuk mengubat masalah penglihatan. Bunga yang baru mengembang diletakkan di dalam air dan air yang telah menyerap tenaga getaran bunga tersebut boleh digunakan untuk membasuh muka. Mudahkan....tapi saya tak cuba lagi pun.
Esen getaran tenaganya...maksudnya bauan bunga bakawali yang mempunyai getaran tenaga boleh digunakan untuk menstabilkan sistem untuk mendatangkan keseimbangan mental, emosi, spiritual dan fizikal.
Lepas ni kita pakat tanam banyak-banyak bakawali lepas tu suruh tetamu datang waktu malam...
Saturday, August 8, 2009
Khasiat Bunga Kantan

Friday, August 7, 2009
Lawatan Berfokus ke SK Seri Indra, Kangar, Perlis


