Pages

Friday, October 16, 2009

Cikgu Oh Cikgu




Dulu jika kita seorang cikgu, dipandang mulia di sisi masyarakat.
Sekarang cikgu bukan siapa-siapa lagi.
Kenapa?
Dulu jika kita menjadi cikgu dikira hebat.
Sekarang jika kita menjadi cikgu pandang sebelah mata pun orang tak hairan.




Zaman dah berubah.
Sekarang ramai ibu bapa yang hebat, lulusan universiti dalam dan luar negara, gaji ratus ribu, kereta mewah, rumah besar dan siapalah cikgu itu di sisi mereka.




Dulu dikalangan ibubapa hanyalah seorang petani, pekebun, penternak, nelayan yang meletakkan harapan yang tinggi kepada seorang cikgu untuk mendidik anak mereka, sehingga sanggup memberikan rotan dengan kata-kata yang sering diungkapkan, "Cikgu ajarlah anak saya sampai dia jadi orang yang berguna. Kalau nakal cikgu rotanlah. Cuma jangan sampai cacat sudah."




Sekarang ibu bapa tak percaya dengan keupayaan seorang cikgu. Anak mereka jangan disentuh. Kalau nakal biarkan aja, kerana mereka orang yang lebih hebat dan lebih tinggi darjatnya dari seorang cikgu.




Kenapa situasi begini berlaku.
Saya selalu muhasabah diri membezakan antara cikgu yang pernah mengajar saya satu ketika dulu dengan saya sekarang.
Adakah komitmen saya tidak semantap cikgu dulu dan tidak cukup kental jiwanya.
Adakah saya hanya seorang cikgu yang cukup bulan ambil gaji. Cikgu dahulu sanggup berhempas pulas demi anak murid mereka dan sanggup berhujan dan berpanas.
Sampai ke hari ini saya masih teringat jasa cikgu-cikgu saya di SJK Convent dan SMKA Maahad Hamidiah.




Teringat cerita Allahyarham P.Ramle- Masam Masam Manis. Cikgu Sha'ari yang masuk ke kelas dan tulis di papan hitam,
"Che'gu shuka main bola, hari-hari che'gu main bola",
untuk dibaca oleh semua murid dan cikgu tertidur.
Adakah Allahyarham P.Ramle sudah dapat mengagak cikgu-cikgu sekarang akan menjadi seperti itu.
Makan Gaji Buta.
Jika kita seorang cikgu, Tepuk Dada Tanyalah Minda dan Akal




Secara jujurnya bagi saya janganlah dihukum semua cikgu hanya kerana segelintir sahaja yang mempunyai tingkah laku sebegitu.
Ramai lagi cikgu di luar sana yang bersungguh-sungguh di dalam mendidik anak bangsa tanpa mengira penat lelah dan wang ringgit.
Cikgu yang mempunyai iltizam yang tinggi dan semangat yang membara bukan sahaja mengajar dan menyampaikan ilmu tetapi mendidik sama seperti cikgu-cikgu dulu.







Tugas mendidik di zaman yang serba maju ini tidak semudah yang disangka. Anak-anak telah didedahkan dengan pelbagai teknologi terkini yang ada. Tidak menyalahkan pembangunan tapi ini menjadikan cabaran seorang cikgu semakin bertambah.




Komen pengunjung yang tidak bernama tentang tulisan saya berkaitan: Hukuman atau Denda saya dahului dengan ucapan terima kasih kerana sesungguhnya komen yang disampaikan dalam bentuk cerita itu akan saya jadikan sempadan supaya tidak berkelakuan seperti ustazah tersebut yang memberi hukuman secara membuta tuli.




Saya percaya dengan Hukum Karma iaitu perbuatan yang baik, satu hari nanti Allah akan membalas dengan kebaikan.
Manakala perbuatan yang jahat satu hari nanti akan menerima pembalasannya.
Allah maha adil dan penyanyang.
Siapalah kita hamba yang kerdil untuk membalas perbuatan orang lain.
Suatu hari nanti, ustazah berkenaan pasti akan menerima balasan yang setimpal dengan perbuatannya.




Saya sentiasa ingatkan diri supaya sentiasa menjalankan tugas dengan seikhlas mungkin dan menggalas tanggungjawab dengan sebaik mungkin supaya saya dapat menjadi seorang insan yang hebat dan mendapat gaji yang berkat.




Saya sentiasa berdoa semoga perbuatan saya hari ini akan diterima habuannya oleh anak cucu saya di kemudian hari.
Percayalah pada ketentuan Illahi.




"Ya Allah, Kaulah yang Maha Pengasih lagi Penyayang dan Kaulah Maha mengetahui segala-galanya.Amin."


4 comments:

Muallim Adham said...

salam...
mungkin kerana jawatan cikgu ni terlalu ramai.. mka terlalu byk la kerenah cikgu... jdi pelbagai persepsi timbul dan pelbagai mslh timbul...

ustaz Eds said...

salam...saya suka sekali baca bahagian ini..tahniah..teruskan

ustaz eds

izakhairi said...

ustaz Eds,

terima kasih...saya sentiasa inginkan yang terbaik untuk diberikan kepada anak didik saya..

ALL ABOUT BOULES PETANQUE said...

salam all cikgu dan pemain sukan petanque.....apa kabar.warga pendidik dan all player sport petanque,semoga anda sukses dan ceria....kepada sesiapa yang berminat dengan sukan petanque....boleh lihat di blog saya .saya ada menawarkan pelbagai jenis boule untuk tournument dan peralatan petanque.pembelian secara oder atau LO diterima ....lawati blog saya http://petanquedisini.blogspot.co

Blog Widget by LinkWithin

E-kad & Award dari teman

Salam Ramadhan
AlongArman