Pages

Wednesday, October 14, 2009

Pertandingan Petanque - Aktiviti Pasca UPSR



Gambar ketika sedang beraksi menunjukkan cara bermain petanque dengan berbaju kurung...




Alhamdulillah, akhirnya dapat juga mengaktifkan blog ini yang sudah sekian lama sepi tanpa sebarang berita. Terasa diri ini terlalu rindu... untuk menulis kembali apa sahaja yang terbuku dihati.

Tepat jam 3.45pm pada 10 September 2009, maka berlabuhlah tirai UPSR 2009. Lega rasanya hati kerana segala usaha dan ilmu yang dicurahkan telah digunakan oleh anak-anak murid & anak sendiri sewaktu menghadapi peperiksaan UPSR. Moga keputusan nanti akan memberikan kepuasan yang berganda kelak....amin. (Kepada murid-murid 6UKM 2009, you are the best...)

Mesyuarat guru tahun 6 diadakan bagi membincangkan aktiviti-aktiviti pasca UPSR, setiap guru dipertanggungjawab bagi setiap aktiviti yang telah dicadangkan. Guru Besar berminat dengan permainan petanque (sebutannya pay tong) apa lagi aku terus bersetuju untuk menjadi penyelaras bagi pertandingan petanque berdasarkan pengalamanku yang pernah bermain 10 tahun yang lalu. Oleh kerana terlupa dengan teknik dan peraturannya aku melayari internet. Seperti pepatah ada mengatakan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Aku memperolehi ilmu yang sangat berguna.

Sebelum tarikh pertandingan dijalankan, aku memberi penerangan kepada semua murid tahun 6 tetapi malangnya ramai yang kurang berminat. Tanpa berputus asa, aku berkempen lagi sehinggalah pada tarikh yang ditetapkan, aku membuat keputusan memaksa semua murid yang terdiri dari 4 kelas tahun 6 untuk beratur dan membentuk pasukan masing-masing (3 sepasukan). Murid perempuan di dalam keadaan yang terpaksa menurut perintahku. Manakala murid lelaki pula memberi alasan hendak bermain bola untuk pertandingan akhir.

Setelah pendedahan diberikan mereka mula bermain dan berlatih sebelum pertandingan dijalankan. Setelah mula bermain, barulah mereka tahu betapa seronoknya permainan petanque tersebut. Itulah yang dikatakan tak kenal maka tak cinta. Pertandingan akhir dijalankan pada 8 Oktober 2009. Aku merasakan segala usahaku sepanjang minggu tersebut tidak sia-sia di dalam memperkenalkan satu permainan yang baru bagi anak-anak muridku.

Gambar-gambar yang diambil oleh Tuan Haji Tarmizi sekitar Pertandingan Separuh Akhir pada 7 Oktober 2009.







5 comments:

secangkir madu merah said...

cikgukhairiza, semoga anak2 yg mengambil UPSR akan mendapat keputusan yg cemerlang berkat usaha gigih seperti cikgu...salam kenal

Cikgu Zailani said...

Salam...
Tengok korang main petanque tu macam best sangat le...
Macam mana nak main ye? Tolong ajarkan boleh?
Kita orng pun lepas UPSR banyak aktiviti luar.
Apa pun happy selalu

sis iza said...

Buat adik smm, terima kasih dari sis utk komen tersebut mudah-mudahan dgn berkat usaha dari semua guru, anak2 kita semua di seluruh Malaysia akan berjaya dgn cemerlang dan salam kenal kembali...

Cikgu Zailani nak belajar ke? Boleh, tapi kena ada pengerasnya...
Betul kata cikgu...apa-apa pun kena happy selalu barulah awet muda

Cikgu Norza said...

My fav game....

izakhairi said...

Cikgu Norza mesti pakar dalam game ni...

Blog Widget by LinkWithin

E-kad & Award dari teman

Salam Ramadhan
AlongArman