Hari ini ke sekolah untuk menunaikan tanggungjawab memberi kelas tambahan kepada murid-murid yang bakal menempuhi upsr pada tahun depan. Gambar yang di atas tu tiada kaitan kerana rasa-rasanya taklah sebegitu teruk persiapan saya walaupun 'mood' bercuti masih ada lagi.
Macam biasa, seperti tahun-tahun yang lalu bermulalah episod berkenalan dengan anak-anak murid yang sebelum ni belum pernah mengajar mereka, hanya kenal secara luaran sahaja. Sekarang ni tengah hafal nama singkatan mereka, tinjau-tinjau latar belakang, intai-intai tingkah laku, teropong perangai dan sudah tentu cuba mencari kelebihan dan keistimewaan yang ada pada setiap anak murid yang bakal berjumpa pada tahun hadapan. Minggu depan 21 Desember 2009, sekali lagi berjumpa untuk kelas tambahan kali kedua. Rasa-rasanya bolehlah kenal serba sedikit tabiat yang ada.
Moga segala perancangan yang kita buat untuk P&P pada tahun depan menepati sasaran dan tidak akan dipersoalkan oleh orang lain. Jadi apa yang penting anak-anak murid adalah pelanggan kita yang perlu kita kenali hati budi mereka, barulah berjaya.
"Cuba menjadi yang terbaik dan sentiasa belajar dari kesilapan lalu"
17 comments:
Assalamualaikum. Dengan segala hormatnya anda dijemput berkunjung ke blog saya dan isteri saya http://www.teacherrahila.blospot.com. Di sana anda terdapat mutiara yang selama ini anda cari.
salam,
bila murid gagal...
guru dipersalahkan,
bila murid berjaya....
memang budak itu pandai...
jangan patah semangat!!!
ikhlas berbakti.
Assalamualaikum...moga semangat yang meluap-luap dan berkobar-kobar untuk mendidik calon upsr tu akan diganjari dengan pahala yang besar dan diberi kejayaan untuk anak didik cikgu..
Mybabah,
saya telah bertemu mutiara itu di blog mybabah dan isteri...terima kasih
Cikgu myri,
apa nak buat itulah hakikat yang perlu ditelan...
perjuanganku akan ku teruskan jua walaupun banyak halangan yang datang bertimpa...
Ustaz Eds,
moga dengan bicara dari ustaz itu akan terus meningkatkan lagi semangat juangku...
Terima kasih pada semua...
wah belum buka sekolah lagi dah mulakan kelas untuk persiapan upsr di tahun depan? syabas semoga anak2 yg mendapat ilmu tidak mengecewakan tenaga pengajar seperti cikgu khairiza yang punya wawasan...tahniah cikgu..
salam,
Wah nampaknya bebudak dan cikgunya dah mula start enjinnya balik...
salam ziarah,,
heh heh kelakar betul.. kdg2 mmg relate dgn kita kan heh heh
izakhairi,
tahniah atas semangat cikgu, itulah perbezaan yang dapat dilihat antara murid SK dan murid SMK... nak suruh budak ting 3 @ 5 datang masa cuti, jawabnya cikgu aje yang datang....
smm,
kelas tambahan tu sebenarnya saya yang menurut perintah...tapi apa2 pun moga ilmu yang diperturunkan akan diguna dengan sebaik mungkin...insyaallah
IP,
kena panaskan enjin dulu sebelum bergerak jauh nanti takut enjin tersentap...
cikgu adham,
memang pun, kekadang kartun tu ada yang terkena kat batang hidung sendiri...
puteri,
betul tu puteri, sis pun ada 6 tahun pengalaman ngajar kat SMK...tapi kekadang seronok gak melayan perangai gila2 bebudak tu
Salam cikgu izakhairi,
Tahniah atas semangat berkobar-kobar untuk bantu anak bangsa. Insyaalah .... kejayaan satu hari nanti pasti menjadi milik cikgu. Amin
Cikgu Norhaliza,
Terima kasih, moga ianya menjadi satu kenyataan
salam...
nasib baik upsr tahun ni subjek anaklaut sains lulus 98.6% alhamdulillah..
anaklaut,
tahniah dari saya, pencapaian yang baik dan membanggakan...hasil penat lelah anaklaut tak sia2
selamat pagi cikgu...
Tunjuk Bintang,
terima kasih kerana sudi menjenguk ke sini...
cikgu,
takkan dah start ngajar utk upsr? awalnya?
anwarjauhari,
yang menurut perintah...
pepatah baru 'biar cepat asal selamat di kemudian hari'
Post a Comment