Pada 1 & 2 April 2010, sekolah telah menjalankan satu program untuk murid-murid tahun 6. Oleh kerana murid yang terlibat adalah murid dari kelas yang saya mengajar, maka saya pun bermalamlah bersama murid-murid.
Kalau peringkat dalaman saya yang memberikan teknik-teknik menjawab soalan. Peringkat luaran pula, ceramah disampaikan oleh JU Sains Negeri Kedah, Guru Sumber/Pakar Sains dan banyak lagi, pendek kata seorang guru yang berpengalaman, Encik Wan Mohd Saberi bin Wan Mahmud. Terima kasih yang tak terhingga dari semua warga SKLJ kerana telah mendapat ilmu yang banyak, panduan dan tip-tip yang berguna.
Pada 3 April 2010 pula sebagai jurulatih bola jaring SKLJ, sekolah terlibat dengan Kejohanan Bola Jaring Peringkat PKG Padang Serai. Alhamdulillah dapat juga tempat ketiga. Minggu ke 13 persekolahan ni pula, saya guru bertugas mingguan. Letih, penat tapi demi tugas....Gambar Pasukan Bola Jaring SKLJ (Ihsan dari Tn Hj Termizi)
Hari ni, 10 April 2010 (Sabtu) saya terlibat dengan Mesyuarat Agung Kali ke 21 BSMM Cabang Kulim Bandar Baharu kerana telah terpilih menjadi salah seorang AJK Induk Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Kulim Bandar Baharu bagi sesi 2010/2011.
"Alhamdulillah, walaupun sibuk tapi aku masih sempat meluangkan masa berkualiti bersama-sama keluarga tercinta"
10 comments:
saya lak di panggil tuk beri ceramah teknik menjawab BM senin ni....
wah! byk aktiviti akak minggu ni? ape2pun sy doakan semuanya berjalan seperti biasa... amin.. :)
Cikgu Myri,
banyak pengalaman dan berbakat memang untung macam cikgu Myri...semua orang berebut
Adik Nick,
makasih adik...
sesibuk mana pun keluarga tetap diutamakan...betul tak adik Nick?
salam sis..
amboi sibuknya...patut la lama tak bersua....
Pendang lake resort tak jauh dari rumah saya tu....
semoga sis terus diberi kekuatan untuk menabur bakti...InsyaAllah...minta pada Allah diberikan umur yang berkat yer...amin!!
alhamdulillah, semoga terus menjadi pendidik yg cemerlang..
salam sis... dari kejauhan...
mne owner blog? xde pun entry bru? bz ker?
salam.tahniah kerana berjaya mengendalikan program motivasi tsb dengan jayanya.
Semoga manafaatnya diperolehi dan guru senyum bangga ...
Ke arah kecemerlangan pendidikan!
cikgu yang rajin... :-)
Post a Comment