Sepanjang minggu ke 7 persekolahan, pihak sekolah telah mengadakan aktiviti Ceramah Motivasi dan Teknik Menjawab Soalan bagi subjek UPSR peringkat dalaman. Maka pada hari ketiga, 18 Februari 2010 tibalah giliran saya untuk menyampaikan serba sedikit ilmu yang ada untuk dikongsi dengan semua murid tahun 6 SKLJ, pastinya subjek Sains.
Gambar diambil sewaktu saya sedang memberikan tip-tip cara menjawab dengan betul dan teknik-teknik mendapat markah penuh dan banyak lagi.....Gambar-gambar ni semua adalah ihsan dari Encik Ahmad Termizi bin Hj Salleh, terima kasih. Semua guru sains tahun 6 terlibat sama (bukan saya sorang je-kerja kumpulan), saya ditugaskan untuk memberi penerangan bahagian B, Cikgu Man Majid bahagian A dan Cikgu Aziawati membantu saya ketika bengkel dijalankan.
"Kalau ada sape-sape berminat bolehlah jemput saya untuk memberikan teknik2 jawab soalan sains - hihihi gurau je (sapelah saya)"
12 comments:
wahh cikgu lama ni..banyak ilmu :)
Itulah namanya Cikgu... bukan setakat mengajar je. Motivasi, nasihat, bimbingan semuanya akan dilakukan demi kepentingan anak didiknya... tahniah Cikgu
salam,
...kalau hidup tak bergurau senda,
...hilang nikmat cinta.
sebahagian lirik lagu p.ramlee dalam masam-masam manis.
salam..
sains SPM boleh bagi kak?hehe
salam sis...
pengalaman itu salah satu bentuk ilmu yang kita kutip dan perolehi sepanjang jalan kehidupan. Dengan ilmu dan pengalaman itulah membuatkan sis makin hebat...makin lama bertambah hebat...tahniah
cikgu khairiza mesti dah lama berkecimpung dengan dunia semak kertas exam UPSR!
Dahlia,
taklah banyak sangat dik...
masih mencari2 ilmu yang tidak pernah habis...
Dr.Araz,
kalau dah namanya pun cikgu jika diberi mikrofon di tangan satu hari satu malam pun belum tentu habis lagi ilmu yang nak dicurahkan
Cikgu Myri,
teringat cerita tu...
"Chekgu suka main bola, hari-hari chegu main bola"......
betul cikgu myri kalau hidup tak bergurau senda terasa tawar rasanya
N@m@n,
eehh... boleh, sebab akak ada sarjana muda pendidikan (sains) dengan kepujian, adik nak suruh bagi apa bio, kimia, fizik...cakap je... tak jadi hal punya...hihihi
ustz eds,
pengalaman yang banyak adalah ilmu yang paling berharga... mengajar kita untuk menjadi insan yang lebih tabah dan istimewa...
pengalaman mengajar di SMK Bakti dan SMK KP... memang berharga dan sukar diungkapkan dengan kata-kata... anak2 didik ramai dah berumahtangga, cucu pun dah ada...
ibu emy efy eqy,
taklah lama sangat sebab sebelum ni mengajar di sek men... kemudian tanpa malu dan segan menimba ilmu dari guru lain...
salam,
gitula komitmen seorg cekgu memberi ilmu tak kenal mase asalkan ank murid mencapai kejayaan
semoga usaha cikgu2 membuahkan kejayaan...cikgu berjaya anak2 murid lebih2 lagi....tahniah..
ci'gu leh datang Sk serting felda (Negeri Sembilan )bagi ceramah...eeeeee...
Syabas sis...
teringin nak jemput sis..tapi jauh ni...seberang laut, Sabah...:)
IP,
komitmen yang perlu ditunaikan... umpama hutang yang perlu dilangsaikan...
SMM,
Insyaallah....mudah-mudahan ianya menjadi kenyataan...terima kasih
Guru data,
boooleeh apa salahnya.... seronok ke Negeri Sembilan, kalau saya ke sana jangan lupa masak lomak cili api...hihihi
Lintagu,
Cikgu2 di negeri Sabah laaagiii 'teror'....
Post a Comment