Pages

Monday, August 10, 2009

Queen of the night


Bunga Bakawali atau nama saintifiknya epiphyllum oxypetalum adalah spesies yang paling banyak di tanam kerana untuk menanamnya adalah mudah iaitu melalui daunnya sahaja.

Kenapa dikenali juga sebagai queen of the night atau lady of the night....jeng..jeng...jeng. Ni nak cerita.....bakawali mempunyai keanehan yang tersendiri kerana bunganya hanya mula mengembang pada pukul 10 malam dan kembang penuh pada pukul 12 tengah malam. Keindahannya hanya dapat dinikmati pada waktu malam je.

Pokok bakawali tidak menawan dan tidak menarik perhatian pun....tapi bunganya mengancam dari segi bentuk dan aromanya. Biarlah tak lawa pada pandangan orang lain tapi pada pandangan suami tercinta cantik....

Marilah kita tinjau dari khasiat perubatannya yang saya dapat melalui pembacaan.

Dari warnanya yang putih berseri bunga bakawali mempunyai tenaga getaran yang tinggi kerana warna putih merangkumi ketujuh-tujuh aura. Ish dasyat tu. Dari keharumannya yang paling mengancam dan lembut, bunga ini mujarab untuk mengubat masalah penglihatan. Bunga yang baru mengembang diletakkan di dalam air dan air yang telah menyerap tenaga getaran bunga tersebut boleh digunakan untuk membasuh muka. Mudahkan....tapi saya tak cuba lagi pun.

Esen getaran tenaganya...maksudnya bauan bunga bakawali yang mempunyai getaran tenaga boleh digunakan untuk menstabilkan sistem untuk mendatangkan keseimbangan mental, emosi, spiritual dan fizikal.

Lepas ni kita pakat tanam banyak-banyak bakawali lepas tu suruh tetamu datang waktu malam...



10 comments:

mama kiter said...

salam cikgu khairiza..ishh kalau dah tanam pokok yg bau bauan di waktu malam..pastu jemput pulak orang datang rumah pun hari malam..takut juga tuuu..semacam jee..orang asik tegur..ehh ade bau tak? wangi lahhh..

uiisshhh..seram lah pula...

Mus said...

teringat dengan lagu elly mazlin- bakawali..

mimieloma said...

salam cikgu......betuul tu bakawali ni kan bau die wangi semerbak......pastu yg sy dpt tau lagi kan bunga die leh wat ubat darah tinggi gitu..wallahualam tk penah lah cuba lagi.

Nk kongsi 1 pengalaman lucu tau...sy ade lah tanam 1 pasu dulu pastu dtg lah sorang mamat ni die kate ......"eh baik2 tau kalau pokok ni kan kuar bunga mlm2.....ade puteri yg dtg sekali"mase tu kite ni penakut skt.....ape lagi bile dgr je cam gitu kan terus sy kate kau nak ke pokok ni amik lah aku tk nak .....hahaha punye lah penakut saya mse tu.....

Ben Sedqi said...

"Biarlah tak lawa pada pandangan orang lain tapi pada pandangan suami tercinta cantik...." ayat tu aku suka!

sis iza said...

makasih atas komen2 dari mamakiter, adik mus,mimie loma dan my bro mie tapi yang kesiannya orang yang dok sibuk tulis ni, tak ade pengalaman tanam pun...

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

baru la pakcik tau...huhuh TQ da info

kuIna said...

kembangnya tengah malam.. sehari aja lak tu... sayang ooo nak petik.. lgpun teksturnya lembut....

kuIna said...

maaf, sy tak pasti adakah itu bunganya sebab pokok saya bunganya berkelopak lain sikit.. mgkin ada byk jenis.

sis iza said...

betul tu adik kulna, sbb bakawali ni dari genus 'kaktus' jadi ada byk jenis. Ada bunga yg berkelopak dan cantik.

Unknown said...

Salam,Cikgu Khairiza..

Suka mendengar maklumat mengenai khasiat Bunga Bakawali ini,saya juga ada menanam pokok ini,tapi mungkin dari spesies yg agak berbeza sedikit.

Bentuk daunnya sama sahaja tapi keadaannya lebih lebar dan "wavy" sedikit, bunganya agak besar..
Saya x pasti nama saintifiknya utk jenis yg ini..

Blog Widget by LinkWithin

E-kad & Award dari teman

Salam Ramadhan
AlongArman