Pages

Wednesday, August 5, 2009

Hukuman dan Amaran atau Didikan dan Nasihat

Apa sahaja tindakan yang hendak diambil ada sebab dan akibatnya. Didikan dan nasihat atau hukuman dan amaran mesti diiringi oleh dua akibat iaitu jika diikut akan mendapat ganjaran (hadiah) dan jika diingkari akan menerima hukuman (denda).
Bercerita mengenai hukuman, teringat zaman dulu-dulu waktu bersekolah, tak kiralah sekolah rendah atau sekolah menengah. Hukuman apa yang tak pernah kena, dari cubit perut, rotan tangan, tampar, ketuk ketampi, ketuk kepala dengan buku dan banyak lagilah. Yang hairannya waktu tu tak ada pun cikgu yang kena serang atau kena masuk mahkamah. Nak mengadu kat mak dan ayah takut silap haribulan kita balik yang kena rotan.
Hari ni semuanya dah berbeza. Pantang sentuh sikit kena serang atau kena saman. Cikgu semuanya ada perasaan bukan ambil tindakan membuta tuli. Kalau anak murid buat kerja sekolah, tak nakal, tak kanlah cikgu nak ambil tindakan yang tak masuk akal.
Pengalaman sepanjang bergelar seorang pendidik, belum pernah lagilah kena serang. Minta-minta janganlah berlaku pada diri ini. Berdasarkan pengalaman, anak-anak murid kita tak suka cikgu yang tidak tegas. Mereka boleh menilai cikgu yang mana ikhlas mencurahkan ilmu dan yang mana cukup bulan ambil gaji je. Kita kena ingat waktu mengajar kena tegas, hukuman yang diberi perlu tekal dan konsisten tapi di luar waktu pengajaran mereka adalah sahabat kita. Saya secara jujurnya memang seorang yang tegas tetapi ramai dari kalangan anak murid menjadikan saya seperti sahabat yang mereka boleh ceritakan apa sahaja masalah yang dihadapi. Seronokkan kalau macam tu.
Al-Qobisi berkata (saya dapat dari sebuah buku):
Alangkah baiknya kalau para pendidik menjadi "ayah" pada anak-anak didiknya. Janganlah pendidik tadi selalu bermasam muka pada anak-anaknya kerana perbuatan itu adalah dibenci, menyebabkan anak-anak kurang ajar padanya. Hendaklah dia menasihati mereka. Jika tidak berjaya, bolehlah memukul mereka dengan pukulan yang menyakitkan tetapi tidak melebihi hadnya dan janganlah pukulan itu terlalu perlahan.
Adalah tidak patut seseorang pendidik itu mewakilkan seorang murid untuk memukul rakannya kerana perkara itu menyebabkan timbulnya rasa benci sesama mereka. Muka dan kepala hendaklah dielakkan semasa memukul....

Renung-renungkanlah........

3 comments:

Abgbent said...

Wah! inikah yang dikatakan Human Being? Saya dah nak catat kat dalam buku nota ni cikgu.

Tapi masih tak pasti nak guna pen biru atau merah. Kalau guna pensil bolehkah? mana lah tau tersalah catat pula, at least boleh padam balik

Ben Sedqi said...

same vision....bulan lepas kawan kene serang ngan abang budak, yang peliknya si abang yang menyerang tu drug addict! susah kalo tak sedar diri ni, ingat senang ker nak bagi budak2 tu pandai.....emo la plak

Anonymous said...

Cikgu dulu dengan cikgu sekarang banyak berbeza. Cikgu dulu betul betul mengajar, cikgu sekarang entah lah apa tujuan dia.

My son was pitch by his Ustazah today, learning scratch marks to his body - what should I do? After speaking to my son the reason was because he did not bring the exercise book - probing further, I found out he did not even received the exercise book and the Ustazah found the book in the shelf. What was her response "Padan dengan muka"? What type of teacher is this? What kind of Islamic values is she portraying?

I know my son is no angel, but punishing him when he is not wrong, is absolutely wrong. What message am I sending to my son if I don't take any action?

Blog Widget by LinkWithin

E-kad & Award dari teman

Salam Ramadhan
AlongArman