- diterima atas diri kita seadanya
- boleh ketawa dan menangis bersama-sama
- mendengar dan memahami antara satu sama lain
- berasa selesa, selamat dan disokong.
Give the best Be the best Show the best
Sungguh, segala puji bagi Allah swt. Kepada-Nya kita memberikan pujian, meminta pertolongan, dan memohon ampunan. Kepada-Nya pula kita meminta perlindungan dari keburukan diri dan kejahatan amal perbuatan.
Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada seorang pun yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa yang disesatkan-Nya, maka tidak ada seorang pun yang dapat memberikannya petunjuk.
Sesungguhnya saya bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, Dialah Tuhan satu-satunya dan tiada sekutu bagi-Nya. Saya juga bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya.
Semoga di bulan yang penuh keberkatan ini, kita dapat memperbanyakkan amal ibadah kepada-Nya dan mengurangkan aktiviti duniawi. Insyaallah.
Penonjolan dua watak yang negatif oleh saya sebelum ini iaitu 'Pak Pandir Moden' dan Si Kitol Moden' bukanlah bererti di dalam dunia ini tiada watak yang positif. Cuma kekadang timbul perasaan geram dan marah apabila kita menghadapi situasi tertentu yang memaksa kita berhadapan dengan orang yang berpewatakkan sedemikian...sabar je! Kan sabar itu separuh daripada iman.
Sebenarnya masih ada lagi insan-insan mulia yang mempunyai ciri-ciri seperti Saidatina Khadijah r.a. isteri Rasulullah S.A.W. Sebagai insan biasa kita tidak mungkin dapat menyamai Saidatina Khadijah r.a. ...namun sebagai hamba Allah swt, kita boleh berusaha memupuk dan menyemai sifat-sifat terpuji itu secara beransur-ansur dengan sabar. Antara sifat-sifat terpuji itu ialah taat perintah Allah, berakhlak mulia, dermawan, sabar, tabah, cekal, penyayang, berwawasan dan berfikiran kreatif. Keikhlasan hati beliau terletak di kedudukan langit tertinggi yang hanya boleh dicapai oleh insan yang melakukan sesuatu hanya kerana Allah swt semata-mata.
Sebenarnya di sebalik perkataan yang tersurat di atas ada perkara lain yang tersirat. Dalam kehidupan seharian kita masih ada lagi insan-insan mulia yang mempunyai hati yang ikhlas dan berakhlak mulia seperti Saidatina Khadijah r.a. Kekadang kita perlu menyemat di dalam hati bahawa keikhlasan untuk menolong orang lain tanpa mengharapkan balasan adalah antara ciri-ciri mulia yang Allah swt kehendaki. Melakukan sesuatu kerana Allah swt semata-mata akan meletakkan kita pada kedudukan langit tertinggi dan balasannya biarlah Alah swt yang menentukannya.
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Adik Seri yang telah sudi membantu saya. Walau pun pertolongan itu nampak kecil tetapi doa yang baik dari seorang hamba kepada hamba yang lain adalah juga suatu keberkatan dan rahmat.
Saya sebenarnya ingin menonjolkan watak seorang antagonis di dalam Sejarah Melayu iaitu Si Kitol. Watak seorang petualang yang mempunyai sikap talam dua muka. Seorang yang di samakan dengan seekor sesumpah yang boleh bertukar warna kulit mengikut keadaan setempat. Seorang yang benar-benar jahat dan busuk hati. Kelebihan yang ada dalam dirinya adalah kebolehan dan kemahiran mengampu orang atasan tetapi dengan cara memijak kepala orang lain.
Si Kitol akan mengadu domba iaitu dengan mengadu kepada orang tertentu apa yang orang lain cakapkan mengenai orang itu. Begitulah keadaannya bila dia berjumpa orang lain dan akan mengadu tentang apa yang dicakapkan oleh si fulan kepada orang itu. Bagi meyakinkan cerita, maka Si Kitol akan memainkan peranan dengan menokok tambah cerita yang tidak benar.
AWAS! Si Kitol berada di mana-mana. Masih ramai di antara kita yang masih mengamalkan sikap dan nilai-nilai diri yang ada pada Si Kitol. Berhati-hatilah dengan Si Kitol Moden....fikirkanlah.
Marilah kita tinjau dari khasiat perubatannya yang saya dapat melalui pembacaan.
Dari warnanya yang putih berseri bunga bakawali mempunyai tenaga getaran yang tinggi kerana warna putih merangkumi ketujuh-tujuh aura. Ish dasyat tu. Dari keharumannya yang paling mengancam dan lembut, bunga ini mujarab untuk mengubat masalah penglihatan. Bunga yang baru mengembang diletakkan di dalam air dan air yang telah menyerap tenaga getaran bunga tersebut boleh digunakan untuk membasuh muka. Mudahkan....tapi saya tak cuba lagi pun.
Esen getaran tenaganya...maksudnya bauan bunga bakawali yang mempunyai getaran tenaga boleh digunakan untuk menstabilkan sistem untuk mendatangkan keseimbangan mental, emosi, spiritual dan fizikal.
Lepas ni kita pakat tanam banyak-banyak bakawali lepas tu suruh tetamu datang waktu malam...