Pages

Friday, January 1, 2010

Cerita Tahun Baru







Menghayati pesanan dari Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom,

1.  Guru menyambut pelajar dengan minda terbuka serta penuh iltizam untuk membentuk mereka menjadi modal insan cemerlang seperti diharapkan ibu bapa dan negara.

2.  Guru selaku teladan, perlu mempamerkan kasih sayang kepada anak didik menggunakan kebijaksanaan untuk menyentuh jiwa dan perasaan semua murid ketika berkomunikasi dua hala supaya ia ibarat kata-kata yang terpahat di batu, kekal dalam ingatan dan tidak hanya menjadi tulisan atas pasir yang hilang apabila ditiup angin.

3.  Guru yang menjiwai profesion seharusnya berupaya mengenal pasti dan menggilap bakat serta potensi murid untuk berjaya dalam semua bidang yang diceburi serta mengimbangi perkembangan intelek, rohani, jasmani dan emosi.

4.  Semua pendidik perlu membuat persiapan sewajarnya termasuk mengemas kini semua fakta dan ilmu hendak disampaikan dalam mata pelajaran dengan memanfaatkan kemudahan teknologi komunikasi maklumat.

5.  Guru sebagai sumber ilmu perlu memantapkan diri melalui pendidikan berterusan.

6.  Semua warga pendidik perlu menyambut perubahan dengan tangan terbuka dan minda positif.




petikan dari akhbar Berita Harian, 1 Januari 2010


"Berusaha melakukan yang terbaik seperti yang diharapkan"


8 comments:

insan pendidik said...

salam,

Bidang keguruan adalah segala2nya untuk mendidik secara formal anak bangsa sejak azali lagi. Oleh itu, mudah2an warga pendidik dapat lebih menghayati profesion ini. Seterusnya, memartabatkan bidang ini agar dapat memenuhi agenda aspirasi negara. Selamat bertugas semula...

Guru said...

assalammualaikum iza

selamat bertugas semula.
semoga bertambah nilai keguruan dalam diri kita

ahmad humairi said...

selamat kembali ke sekolah,
bertugas dengan hati rendah,
usah berbalah,
ajarjelah...

ustaz eds said...

salam sis,
moga dengan kedatangan tahun baru ini, semangat untuk terus berbakti makin membara...kerana kita perlu sedar bahawa setiap ilmu yang kita curahkan balasannya bukan setakat gaji....nun disana kita akan mengecapinya nanti...selamat kembali ke sekolah

secangkir madu merah said...

selamat kembali bertugas cikgu Iza...

Cikgu Selamat said...

Selamat Tahun Baru dan kembali bertugas...

ummi ida said...

Salam,tugas guru bkn hanya mengajar tetapi yg lbh penting membimbing dn mendidik.Semoga sis Iza tabah dlm mnjlnkn tugas yg pastinya menuntut pemgorbanan yg bukan sedikit

TeacherNunu said...

memang betul..guru sebagai teladan yang baik..sampaikan cikgu punya baju pun student perhatikan..:)

Blog Widget by LinkWithin

E-kad & Award dari teman

Salam Ramadhan
AlongArman